28 April 2011

Bila Terdesak

2 comments

Pernah merasa terdesak... err.. bukan tersedak yer!
Nak jadi cerita semalam mak dan ayah pulang ke kampung, lama tak ziarah orang tua katanya. Lepastu ayah ajak mak pergi supermarket. Mak cerita time tengah masukkan barang dalam kereta tiba2 datang seorang wanita usia dalam lingkungan 40 an membawa sesuatu dalam beg plastik warna oren datang dekat dan cakap camni...

Wanita tak dikenali : "kak.. nak beli sayur bendi tak kak. 1 plastik ni saya jual RM5 jer kak. Esok saya nak bawa anak saya ke hospital. Anak saya kena operation :("
Mak : "ok, boleh lah saya beli 1 plastik."
Wanita tak dikenali : "Akak beli 2 plastik lah. Saya jual 9 Ringgit"
Mak : (mak kata dia dah touching dah.....mak tengok kat ayah)
Ayah : "Ambil lah duit ni, saya bayar lebih buat tambang pergi hospital."
Wanita tak dikenali : "Terima kasih kak, terima kasih bang.. terima kasih banyak2"....dan berlalu pergi.....
Ni lah sayur bendi nya.

Choppp... Korang pernah tak kena camni. Korang rasa ni betul ke tak? Hurm... kalau betul tak apa lah, dia berusaha jugak cari rezeki.. Kalau tak betul.. Hurm... tak apa jugak lah sebab dia tak buat kerja lagi teruk kan. At least dia tak mencuri, tak jual body......

Ayah dan mak pesan : Kalau kita senang jangan sombong, Kalau jumpa orang dalam kesusahan, jangan tak tolong.
Oke lah, ude doakan "Semoga anak dia selamat menjalani pembedahan lah. Aminn."

27 April 2011

Cari kerja

3 comments
Check out now!

Aku mencari kerja untuk 2 bulan ni.

*Sekitar Senai.
*Gaji 650++ sebulan.. hehe.

Siapa2 yang nak offer untuk bulan mei dan jun ni, boleh lah contact aku kat sini. Trimas ;)

22 April 2011

Hidup bagai roda

2 comments

Hidup bagai roda, kadang di atas kadang di bawah.
Kadang suka, kadang duka.
Kadang kaya raya, kadang tak berduit.
Kadang makan Roti dgn Nuttela, kadang makan roti 70sen.
Kadang pakai jeans, kadang pakai seluar track.
Kadang smart tag, kadai pakai syiling.
Kadang pakai postpaid, kadang masuk prepaid.
Mak pernah berpesan buat baik berpada2, buat jahat jangan sekali..
Ayah pulak ajar, buat baik dibalas baik, buat jahat dibalas jahat..

Masa sekolah dulu.
Aku ngadu kat ayah budak2 besar ni tolak2 dalam bas. Beg dah la berat. Pastu ayah kata "tumbuk jer muka dia". Esok nya memang lah ada budak laki ni cari pasal, pulak tu ada akak aku. Kan dah menempah sebijik penumbuk. Tah pasal darah meleleh. Malam tu bapak dia serang rumah aku. HAHA. yang aku ingat semua wat tak tahu je. Cuma mak minta maaf kat dia.. huh ==!

Masa sekolah menengah.
Warden selalu komplen aku bermasalah. Gila sengal betul. Aku wat hal tak kacau 7 keturunan suku kaum dia pon. Mengomplen kat ayah aku. Tapi ayah tak pernah cakap apa2 pun kat aku. Ayah wat tak tahu lagi. Ada sehari tu aku ponteng sekolah duk kat rumah,Warden call. haish, nasib aku yang jawab call. Menggigil dia berkata2 "err.. ayah awak ada?" aku jawab ayah keje!. "err.. mak awk ada?" aku jawab TAKDE!. terus letak. Tak berakhlak betul. Bagi salam pun tak, cam mana nak jadi contoh. Dia ingat aku melencong! POYO ==!
ermm.... dengar cerita anak dia tu.........'bermasalah'. Kan! kena sumpah aku yang teraniaya!

Masa kat IPT.
Jauh dari keluarga. Tak lah heran jumpa macam2 jenis orang sebab aku pernah duk hostel dulu. Yang lainnya, wat kerja berkumpulan dan perlu prezen. Tapi oke la sebab tu cara nak improve communication skill. Time ni semua benda akan jadi lebih matang, kadang kawan jadi teman, kadang berlawan dengan kawan. BIASA~

Masa kerja.
Tak banyak lah sangat pengalaman bekerja. Tapi macam mana pun hormat la organisasi tempat kita bekerja. Orang atas memerlukan bantuan orang bawahan bekerja. Yang orang bawahan perlu lah hormat orang atasan sebagai majikan. Err tapi jangan lah 'mempergunakan'.

"Tempat yang kita berada sekarang adalah hasil usaha kita yang mampu kita menanggungnya. Allah swt tak akan memberatkan tugas hambanya dengan menempatkan di tempat yang luar kemampuannya" so. jangan lah mengeluh..

Akhir kata :
1) "what you give..you get back"
2)Kelebihan & kebaikan yang ada pada kita bukan untuk rasa melebih daripada orang lain, tetapi untuk disyukuri kerana sebenarnya Allah telah menutupi kekurangan kita dengan kelebihan yang kita ada.
3) Ingat!!!! bila 1 jari menunding ke orang lain, jari yang lain menunding kepada kita!!

20 April 2011

Soal jawab dan disoal tentang 5

0 comments


Kena tag ngan Aimi selepas dia disoal Beluncas.
hehehe... jawapan terbaik dapat cemerlang LI ni ;)

5 nama kawan-kawan selalu panggil.
- My
- Sara
- Ude
- Weh
- Mayo (shotfom mayonis!!)

5 tarikh yang terpenting dalam hidup.
- 4 Okt (born day)
- 13 Apr
- 23 Dis (Anniversary mak&ayah)
- 1 Ramadhan
- 29 Feb (err.. 4thn sekali kot)

5 Benda telah diselesaikan semalam.
- Download full album Mcr yg baru
- Siap design backdrop.
- Isi minyak full tank!
- Iron baju pergi LI.
- Beli roti 60sen utk bekal.

5 Cara untuk bahagia / happy.
- Makan buah-buahan ;)
- Bukak lagu i miss u by blink 182!
- Tengok Naruto.
- Tengok cerita shinchan even 8kali ulang.
- Driving.

5 Hadiah yang aku nak !
- Jam Omega. HAHA
- Mitstubishi Lancer
- Banglo 4 tingkat
- Nak domain and website free.
- Jeans samuel&kevin ladies cut

5 hobi kegemaran.
- Makan Ice-cream Vanilla
- Pergi tasik bagi ikan makan.
- Blogwalking
- Menconteng
- Kumpul botol coklat m&m

5 tempat bercuti?
- Senai
- Dungun
- Balik Kampung
- Malaysia
- Planet Bumi

5 minuman kegemaran.
- Hot milk
- Ribena
- Teh
- Oreo cool blog
- Vanilla coke

5 benda yang selalu jumpa dalam bilik.
- Komik
- Perrey (teddy)
- Adik aku
- Buku sekolah adik aku
- Botol air, ada 5 botol!

5 warna pakaian kegemaran.
- Coklat
- Maroon
- Biru
- Hitam
- Hijau

5 band kegemaran.
- Romancesa
- Mcr
- Green day
- Poh
- Bittersweet

5 orang yang digemari.
- Baby
- Kanak2
- Warga tua
- Jiran
- Blogger

5 Tempat selalu terjah.
- Tasik
- IOI mall
- Daily fresh (beli waffle)
- Rumahku
- Toilet kot, hari2 masuk.

5 orang yang paling disayangi.
- Pemimpin Islam
- Ayah
- Mak
- Adik beradik
- Awak lah!

5 sebab jawab kaji selidik ni.
- Kena tag dengan Aimi!
- Jadikan topik update blog
- Suka menjawab! haha
- Errrrr.........
- Maybe Aimi nak banci penduduk Malaysia kot~ haha!

14 April 2011

Ayahku belikan kereta !

3 comments
08 April 2011
Ayah balik keje tiba2 tanya," ude nak pakai kereta tak kat Terengganu nanti?"
Siapa tak nak kan. Tapi memikirkan poli aku belum ada car park untuk student aku cakap "tak apa lah ayah, motor pon boleh. Asal ada transport nak pergi class." Ayah pernah offer Wira tapi...err aku tak minat. Sebab tu aku nak motor aje =='

09 April 2011
Ayah suruh bersiap nak pergi rumah kawan dia ada majlis kahwin. Aku on je la.. Lapar lagi pon. Pekena nasi minyak pon sedap.
HAAA!! lepas dah makan, ayah bawa ke Skudai. Dalam kereta, ayah cakap "Jom kita pergi tengok dulu kereta tu".

Jeng2.. Dah sampai kereta pulak tak ada, Uncle tu cakap tunggu 10 minit sebab kereta kat car wash. Sambil menunggu tu usha2 gak kereta baru kat situ. Sekali terpandang lah sebuah perodua kancil kaler hitam masuk kedai tu. So. inilah keretanya. Sebab dia cun lagi even 2nd hand tapi aku agree ayah nak beli, lagipun flat tak lah lama sangat and aku 2nd user. Bila semua senyum, ayah bayar deposit. Masa ni tak tahu lah nak percaya tak. [TERUJA]
13 April 2011
Balik kerja sampai kat rumah mak dan ayah tak ada. haha, mulalah aku senyum sesorang. Dah nak maghrib dengarlah bunyi kereta, tengok2 Avanza ayah tapi mak yang drive. Mak kata ayah lambat sikit sebab jalan jem..Kann..aku dah agak yang mak ayah pergi ambil kereta tu sebab ayah yang drive nanti. Ayah sampai aje kat rumah, aku lah orang paling excited sekali. TERIMA KASIH AYAH DAN MAK belikan ude kereta. haa. 1 more important thing, TERIMA KASIH sebab bayar cash.. err.. nanti panjang umur murah rezeki ude bayar balik, INSYAALLAH ;)

TERIMA KASIH juga buat sang kancil merah yang banyak berbakti dan berjasa kepada ude dan keluarga. Jasamu tak ku lupakan.
Haa. maaf jugak lah sang kancil merah ku sayang, kena park kat luar sebab dah 5 kereta ni tak muat pulak nak letak bawah garaj !
ps: jangan merajuk oke. ala comel-comel.. :]
MAK AYAH pesan : Belajar rajin2 dan cemerlang, ingat jasa mak ayah besarkan ude. Mak ayah berikan anak2 kesenangan tapi jangan salah guna. Esok dah berjaya jangan lupa diri.

12 April 2011

Muse_Neutron Star Collision (Love Is Forever)

0 comments
Want a free car briefing session?

Muse_Neutron Star Collision (Love Is Forever)
 
I was searching you were on a mission
Then our hearts combined
Like a neutron star collision
I have nothing left to lose
You took your time to choose
Then we told each other
With no trace of fear that

Our love would be forever
And if we die, we die together
Well I, I said never
Cause our love would be forever

The world is broken, halos fail to glisten
We try to make a difference
But no one wants to listen
Hail the preachers, fake and proud
Their doctrines will be cloud
Then they'll dissipate
Like snowflakes in an ocean

Love is forever and we’ll die
We’ll die together
Well I, I said never
Cause our love, could be forever

Now I’ve got nothing left to lose
You take your time to choose
I can tell you now without a trace of fear

That my love will be forever
And well die, we’ll die together
Will I, I will never
Cause our love will be forever


Watch Video Neutron Star Collision? [CLICK]

07 April 2011

Zaman Upsr

0 comments
Tahun bila korang Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) Cepat ingat!!

Aku UPSR tahun 2003 kat Sek Keb Senai Utama. Haa! bukan nak cerita pasal sekolah, nak cerita pengalaman sepanjang nak duduki UPSR. Al maklumlah UPSR tu kan ujian besar pertama time sekolah rendah. Yang aku ingat lah, masa aku darjah 6 dulu mak aku tak bagi makan maggi, minum air tin, lepastu siap beli Examo,Matsa dan sekutunya sebagai makanan tambahan yang boleh cergas kan otak. Aku rasa semua ibu bapa pun akan prihatin kat anak diorang lagi2 yang nak ambil peperiksaan besar.

Nak jadi cerita, aku snap la pic ni. Pelik bukan? OK, aku bagi penjelasan ;)

Aku tak pasti kenapa basikal tu kat pokok betik tu and aku heran kenapalah pokok betik jadi mangsa? Yang aku pasti ni jiran aku.. hehe. Kedua pasti, basikal tu anak dia punya. Ketiga pasti anak dia UPSR tahun ni.
So, aku rasa lah (andaian) maybe ayah dia gantung basikal kat pokok tu sebab tak bagi anak dia merayap. Suruh anak dia study hard nak UPSR. Tapi betul ke cara tu?

Maaf pakcik(kalau dia baca) sebenarnya, berbasikal ni kan beriadah. Kalau dah terperuk dalam rumah mana nak cergas. hehe..
So daripada tak bagi berbasikal baik lah tak bagi tengok TV. Bukan semua chanel, tapi sekat lah chanel yang tak berfaedah :D

02 April 2011

Resepi Pizza Ude

0 comments
Aku baru lepas makan pizza. Jangan tak percaya aku yang buat sendiri Pizza ni. Zaman yang moden ni, semua benda dah siap. Senang je nak masak apa pun.
Bahan2:
- Roti pita bentuk bulat
- Cheese
- Sos Prego
- Black pepper
- Sausage Ayamas

Cara2:
1. Hiris sausage Ayamas dengan bentuk yang anda suka samada bulat atau bujur. kemudian goreng menggunakan sedikit minyak.
2. Sapukan sos Prego atas roti pita sebanyak yang anda suka.
3. Letakkan sausage yang digoreng ke atas roti yang di sapu sos prego tadi.
4. Letakkan cheese sebanyak yang anda suka.
5. Masukkan dalam oven selama 8min atau sehingga Pizza kelihatan masak.
6. Hidangkan dan letak black pepper mengikut kesukaan.

*Jika anda suka pedas, boleh letak hirisan lada.
*Anda juga boleh letak nenas dan bahan lain mengikut citarasa anda.
Pizza Lava Cheese. Aku da telan. SEDAPPP !

SELAMAT MENCUBA :)

01 April 2011

Cerita kampung saya (Benut, Johor)

0 comments
Sumber daripada : Wikipedia, Ensiklopedia bebas.


Benut adalah sebuah pekan di dalam daerah Pontian, Johor, Malaysia. Benut terletak diantara persimpangan menuju ke Batu Pahat dan Kluang. Pulau Pisang merupakan pulau yang terletak di Benut. Perkataan "benut" berasal dari sebatang pokok dipanggil "asam bunut".

Nama asal pekan tersebut ialah Bunut. Oleh kerana masyarakat Cina yang mendiami kawasan ini agak sukar menyebut "Bunut" tetapi menyebut "Benut" lama kelamaan ianya kekal menjadi Benut sehingga sekarang.

Populasi masyarakat Benut di dominasi oleh pelbagai kaum. Majoriti kaumnya ialah Bugis, Jawa, Melayu Asli, Cina dan sedikit India. Kaum Bugis,Cina dan India memonopoli bidang perniagaan seperti kedai runcit dan pemasaran hasil kampung. Kaum Jawa pula lebih kepada penanaman kelapa sawit dan tanaman buahan. Manakala Melayu Asli lebih kepada berniaga hasil tangkapan laut.
Perniagaan istimewa di Benut ialah penjualan barangan "Bundle" seperti peralatan terpakai elektrik, perhiasaan rumah, kerusi, meja dan lain-lain. Barangan tersebut amat berkualiti serta harga yang murah. Tempat tersebut terletak di Simpang Empat Benut menghala ke Simpang Renggam.
Benut mempunyai sebuah masjid yang besar dan indah. Ia terletak 500 meter dari simpang empat Benut menuju ke Batu Pahat. Terdapat juga surau-surau di sepanjang jalan ke Benut. Antara surau yang tercantik ialah Surau Nurul Falah Sungai Pinggan Benut. Ianya terletak 500 meter dari simpang empat Benut ke Pontian. Surau tersebut telah dinobatkan sebagai surau paling cemerlang daerah Pontian. Kriteria tersebut berdasarkan kepada aktiviti-aktivitinya, kebersihan, pengimarahan jemaah setiap waktu dan pengurusan yang efisyen.Surau tersebut mempunyai dewan serbaguna sendiri yang dinamakan Balai Islam. Aktiviti yang dijalankan di Balai Islam tersebut ialah kelas tambahan SPM dan PMR, kelas Tajwid Al-Quran, kelas kompang, kelas I.T dan mesyuarat bulanan jawatankuasa disamping 10 pegawai-pegawai yang menerajui biro-biro.

Nama kampung-kampung di Benut mempunyai mitosnya yang tersendiri seperti Sungai Pinggan, Sepah Beruang, Puteri Menangis,Parit Gantung, dan Sanglang Cerita mitos tersebut amat popular dikalangan masyarakat tempatan. Di percayai ada seorang Puteri Bunian yang menjaga pinggan mangkuk untuk kenduri kahwin masyarakat Bunian. Terdapat juga masyarakat kampung yang meminjam pinggan tersebut tetapi tidak dipulangkan semula disebabkan ada yang dirosakkan oleh beruang yang banyak ketika itu (Kg. Sepah Beruang). Keadaan itu menyebabkan Puteri yang menjaga pinggan (Kg. Sungai Pinggan) kecewa lalu menanggis sepanjang masa (Kg. Puteri Menanggis). Akhirnya Puteri tersebut menggantung dirinya (Kg. Parit Gantung). Kematian Puteri ini disebarkan oleh burung-burung helang (Sang Helang/Sanglang) kepada semua penduduk. Semua penduduk meratapi kematian Puteri Bunian sehingga mengalirkan air mata yang banyak (AYER BALOI).
 

sarasafran™ Copyright © 2013 Idea by Mysara