24 March 2011

10 perkara tak suka kat FB

Topik kali ini Mengenai Buku muka tebal. Nama sebenar adalah FACEBOOK. Minta maaf pada yang yang berkenaan, maksud aku, yang aku dah remove friend. Kenapa? Alasan? Sebab? Ada dalam list kat bawah ni.



10 Perkara yang aku tak suka pasal FB (Adalah Nama Sebenar)

1. Poke
Kau poke aku. Aku poke kau. Kau poke lagi, aku lepuk kau !
2. Request Game
Alasan kukuh : sebab aku tak main game kat facebook ni.
3. Forward Mesej
Ni kes mesej berantai, contohnya : Jika anda sebar ke 10 wall rakan anda, lagi 5 minit anda akan mendapat berita baik.
4. Status Relationship hari2 tukar!
Isnin : in relationship
Rabu : in open relationship
Khamis : divorced
Ahad : SINGLE!
5. Mengumpat, mengata, mengutuk.
FB ni kan public. Jaga lah sikit adab tu. Yang selalu buat macam ni, di ucapkan TAHNIAH sebab korang dah bagi pahala free2 je pada mangsa berkenaan.
6. Tukar tarikh lahir
ishhh..Aku geram betul orang yang suka menipu tarikh lahir ni, setahun birthday dia 12 kali. Suka agaknya orang wish kat wall dia. Kali ke-12 aku wish kan 'semoga pendek umur !'
7. Kawan ku kawan mu jua.
Semalam aku baru accept kau, hari ni kau member ngan bf/gf aku pulak. Apa kes?
8. Hari2 kau post status "BOSAN"
Kalau kau rasa FB ni bosan, tutup je la akaun !
9. Picture yang tutt tuttt
YESS. Aku tahu ko sexy. tak payah show kat FB. Pergi lah jadi model London Weight Management.
10. Eja pelat2.
contoh nya : "fewning lorh awie ny. shakit aty towl kart dy lorh. Seb bhaik ye blnjew topup tdy. " alahai mentel nya. !!!!!! Yang baca ni lagi pening nak muntah tahu!

0 comments:

Post a Comment

 

sarasafran™ Copyright © 2013 Idea by Mysara