30 March 2011

Fight Spam !

0 comments
Apa itu spam ?
Baca kat sini [INFO LAGI!]

I can now be a proud owner of an iPhone4!

Info penuh ada kat link aku bagi tu. Kebiasaannya spam ada kat dalam email beserta mesej. Email tu pula kita tak tahu siapa yang hantar.Tapi yang tu confirm lah korang jarang tengok sebab malas nak sign in email.

Ok, contoh mudah aku ambil dari FB (facebook) Korang pernah dapat / lihat / KLIK spam wall kt FB yang aneh, pelik, misteri dan buat korang teruja nak KLIK. Pulak tu ada gambar Lady Gaga berbogel ! Wah2.. Korang jangan suka sangat KLIK. Kalau korang perasan, bila korang klik je automatik korang dah LIKE / SHARE link tu. Hah ! Kan dah pecah tembelang !

Selain tu, korang pernah tak dapat link yang tiba2 je muncul kt chatbox korang. Padahal member korang tak hantar pun link tu. Kes ni pon sama je, korang dinasihati supaya Jangan Klik.

Ce cube usya sikit link2 yang korang nak klik, Kalau dah terpampang ada www.tinyurl.com . AWAS! Jangan Klik. Setelah di siasat, owner website ini adalah berasal daripada Indonesia. Buktinya, bahasa yang diguna pakai, pengomen, dan followers nya majoriti daripada Indonesia.

So, pada siapa yang sudah terkena. Dinasihati agar korang tukar password akaun. Korang juga dinasihati agar Mark as spam link tersebut.


Tak pun kalau dah terbuka page tu, korang Block je aplikasi tersebut.

Langkah selamat perlu di ambil.

Sign in Facebook > klik pada Account > Account Setting > Account security > Klik pada box Secure browsing (https) > Save.

Sekian. Terima kasih. Harap dapat membantu ;)

28 March 2011

Celebrating 21 World Down Syndrome Days

0 comments
Celebrating 21 World Down Syndrome Days at Plaza Pelangi Johor Bahru on 27 March 2011.
Get your test drive Proton Exora session today!

Officate by : YB Dr Robia bte Dato' Hj Kosai

Angah and friends

TV3 crew

Kiwanis kids show

Return Crew show their dances

Naruto and his Geng also come to support this event ;)

24 March 2011

10 perkara tak suka kat FB

0 comments
Topik kali ini Mengenai Buku muka tebal. Nama sebenar adalah FACEBOOK. Minta maaf pada yang yang berkenaan, maksud aku, yang aku dah remove friend. Kenapa? Alasan? Sebab? Ada dalam list kat bawah ni.



10 Perkara yang aku tak suka pasal FB (Adalah Nama Sebenar)

1. Poke
Kau poke aku. Aku poke kau. Kau poke lagi, aku lepuk kau !
2. Request Game
Alasan kukuh : sebab aku tak main game kat facebook ni.
3. Forward Mesej
Ni kes mesej berantai, contohnya : Jika anda sebar ke 10 wall rakan anda, lagi 5 minit anda akan mendapat berita baik.
4. Status Relationship hari2 tukar!
Isnin : in relationship
Rabu : in open relationship
Khamis : divorced
Ahad : SINGLE!
5. Mengumpat, mengata, mengutuk.
FB ni kan public. Jaga lah sikit adab tu. Yang selalu buat macam ni, di ucapkan TAHNIAH sebab korang dah bagi pahala free2 je pada mangsa berkenaan.
6. Tukar tarikh lahir
ishhh..Aku geram betul orang yang suka menipu tarikh lahir ni, setahun birthday dia 12 kali. Suka agaknya orang wish kat wall dia. Kali ke-12 aku wish kan 'semoga pendek umur !'
7. Kawan ku kawan mu jua.
Semalam aku baru accept kau, hari ni kau member ngan bf/gf aku pulak. Apa kes?
8. Hari2 kau post status "BOSAN"
Kalau kau rasa FB ni bosan, tutup je la akaun !
9. Picture yang tutt tuttt
YESS. Aku tahu ko sexy. tak payah show kat FB. Pergi lah jadi model London Weight Management.
10. Eja pelat2.
contoh nya : "fewning lorh awie ny. shakit aty towl kart dy lorh. Seb bhaik ye blnjew topup tdy. " alahai mentel nya. !!!!!! Yang baca ni lagi pening nak muntah tahu!

17 March 2011

Rahsia Bulan Lahir "Okt"

0 comments
Be a proud owner of an iPhone4!

Tadi aku blogwalking, jumpa lah entry mengenai rahsia bulan kelahiran ni. Disebabkan aku lahir bulan Oktober, aku ambil part oktober je lah untuk posting kali ni. Kalau nak tahu rahsia bulan yang lain, pergi terjah kat sini. [KLIK !]

OKTOBER
i. Suka sembang
ii. Suka orang sayang padanya
iii. Suka ambil jalan tengah
iv. Sangat menawan dan sopan santun
v. Kecantikan luar dan dalam
vi. Tidak pandai berbohong dan berpura-pura
vii. Mudah rasa simpati, baik, dan pentingkan kawan
viii. Sentiasa berkawan
ix. Hati mudah terusik, tetapi merajuk tak lama
x. Cepat marah
xi. Macam pentingkan diri sendiri
xii. Tidak menolong orang jika tidak diminta
xiii. Suka melihat dari perspektif sendiri
xiv. Tidak suka terima pandangan orang lain
xv. Emosi mudah terusik
xvi. Suka berangan-angan dan pandai bercakap
xvii. Emosi yang kelam kabut
xviii. Daya firasat yang sangat kuat ( terutama perempuan )
xix. Suka melancong, bidang sastera, dan seni
xx. Pengasih, penyayang, dan lemah lembut
xxi. Romantik dalam percintaan
xxii. Mudah terusik hati dan cemburu
xxiii. Ambil berat tentang orang lain
xxiv. Suka kegiatan luar
xxv. Orang yang adil
xxvi. Boros dan mudah dipengaruhi persekitaran
xxvii. Mudah patah semangat

Hah..macam2 ada. Rasa betul juga. Mungkin kebetulan. Tengok jer lah Domo-kun ni, dia pun ada macam2 pesen. Hehehe :)

14 March 2011

Hadiah Angah

Whoa! Here's your chance to be a proud owner of iPhone 4 !

Sebenarnya aku tengah fikir sesuatu untuk hadiah angah. Birthday dia minggu depan, dah alang2 depan laptop ni aku post la kat blog. Al maklum lah, asal ada cerita aku memang suka jer cerita :)
So, apa benda yang sesuai nak bagi kat angah ni ??
Tak kan nak bagi bear ?!!
.
.
.
.
Bagi kasut cute ni? hurmmmmm...
.
.
.
.
Ok, aku dah dapat idea. Aku nak bagi ipad jer, yang macam dalam gambar ni! sebijik sama. Nanti aku print out COLOUR pastu frame letak reben. :)
good job ! haha.

12 March 2011

Japan quake/tsunami

Get freebies upon reloading on any DiGi Prepaid plan today!

A massive 8.9 magnitude earthquake hit the Pacific Ocean nearby Northeastern Japan at around 2:46pm on March 11 (JST) causing damage with blackouts, fire and tsunami.
Reference from :
1)The Star Online.
2) FB application Via Random Ayat.
3)Google Crisis Response










09 March 2011

Ngantuknya

0 comments
Wow! I cant wait to get the new iPhone4!

Tak tahu la kenapa. NGANTUKNYA rasa. Bestnya kalau dapat tidur sekarang ni..
Dari tadi menguap jer. Ngantuknya..
Huuu.... tak tahan lah, kenapa berat sangat nak buka mata ni?
Tengak kiri. tengok kanan, Line clear? Tidur jer lah.. ZZZzzzzZZZzz

** Jangan berani nak buat macam ni, kecuali kalau kau yang jadi boss kat syarikat kau sendiri. Paham! hahaha :p

08 March 2011

Woman's Day?

Happy woman's day?

Wow! Check it out now!

Semalam dapat mms greetings from Hotlink mengatakan yang hari ini 8 mac, Hari Wanita Sedunia. Korang tahu tak? atau aku yang baru tahu. Yang pasti aku tak pernah dengar sebelum ni. Tak kisah lah ada ke tak. Sebenarnya aku nak bagitahu yang Hotlink ni kaya, rajin betul bagi pengguna dia mms greetings ni. Dalam sebulan tu mesti ada, kadang2 tiap minggu.


Kalau korang pengguna Hotlink, korang tahu lah kan. Malas aku nak cerita panjang. Kalau tak, korang call je hotlink customer care line, ni nombornya 1300 820 120 .Good Luck ! hehe :p

05 March 2011

Pc fair

Pikom PC Fair

Siapa orang JB. Pergi pc fair tak tadi? Nampak aku tak..haha.
Sesak betul, orang ramai. Ternyata mendapat sambutan hangat kt Persada JB tadi walaupun hujan sekejap petang tu. Actually teman adik aku pergi survey camera, dah alang2 singgah, ada lah beberapa barang aku beli :

List Harga
Mini usb fan RM7.50
Mini laptop bag RM7.50
Swisstec RM7.50
Earphone RM7.50
Mini card reader RM8.00
Nanopro flash drive 8gb RM35.00
Jumlah RM74.00


So. Ini sahaja la post kali ni. Jom solat isya, Lepastu boleh tidur.. Lepaknya xD

02 March 2011

gila

0 comments
GILA

Biasa kan dengar perkataan ni. Kat mana2 je kita boleh dengar, kat sekolah, tv, office, radio, rumah jiran, dorm, kedai, bank and macam2 lagi lah.
Ini pulak situasi aku terKENA..

mak : Macam mana LI hari ni?
ude : Emm, bosan.
mak : Kenapa?
ude : Tah lah.. bosan GILA.
mak : Kalau tak sebut perkataan gila tu tak boleh ke ude. Mulai hari ni kalau sebut perkataan gila mak tolak duit poket Rm1 untuk sekali sebut.
ude : Haaa? diam..
mak : Sebut lah 50 kali. senang! tak payah bagi duit minggu ni.
ude : cakap dalam hati (pandai gila taktik mak aku ni!) hehehe.


So. kesimpulannya. tak payah la sebut perkataan gila ni. Bukan berfaedah pun. Aku pon dalam proses nak elak sebut. Mak ada pesan kata2 kita juga merupakan doa. Kalau dah sepanjang masa sebut GILA je nanti tak pasal gila betul. Baru kau tahu.. ehh, salah.. mana boleh kau tahu sebab time tu kau dah gila..hehe :p
 

sarasafran™ Copyright © 2013 Idea by Mysara