Nothing is impossible !
Masa umur kita 5, 6 tahun cikgu tadika mesti tanya sorang2 bila kamu dah besar nanti nak jadi apa. Yang aku ingat cita2 aku banyak, dah besar nak jadi cikgu, business woman, polis, doktor, pensyarah dan macam2 lah. Kadang2 setiap tahun bertukar. Semua aku nak jadi.hehe
Persoalan : Boleh ke tak?
1. Cikgu - Aku minat mengajar cuma bila terkenang aku ni nakal masa sekolah dan kalau nanti aku dapat pelajar macam perangai aku. Peneng jugak di buatnya.
2. Business woman - Kalau ikutkan, keluarga aku memang banyak yang ber business ni. Dari zaman tok moyang sampai lah mak aku sekarang. Tak kisahlah kecil-kecilan pun. Stabil lagi la :)
3. Polis - Minat polis masa tengok gerak khas. tapi aku rasa tak boleh lah jadi polis, nanti semua benda aku tembak jer. Last2 aku yang masuk jail.
4. Doktor - Doktor selalu di kaitkan dengan kos fizik bio kimia dll. Disebabkan aku kos IT, jadi doktor pc's pon ok jugak kan.
5. Pensyarah - Kalau aku jadi pensyarah, aku nak ikot style pensyarah aku yang ajar computer hardware sem1. Sebab enjoy jer dalam kelas. Kadang2 tak faham pon dia ajar. Melawak jer lebih. Nak final pon relax. HAHA . Pastu melopong la student aku semua ! !
Kadang2 tak semua yang di impikan akan menjadi kenyataan kerana kita cuma manusia biasa yang mampu merancang. ALLAH s.w.t yang menentukan.
Ingat !! Usaha + Doa + Tawakal = Kejayaan + Keredhaan Allah.
InsyaAllah kita semua akan berjaya !
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment