30 April 2022

Nama Untuk Anak Ketiga

 Ibu dah siapkan nama untuk kamu sejak kamu dalam perut lagi lepas tahu kamu perempuan dan ayah setuju dengan pilihan ibu. 💗

MARSHA SALIHA

Makna :

Marsha - Percaya diri (berani)
Saliha - Solehah

 


💛Gambar Kenangan💛



Gambar pertama Marsha dengan ayah dan ibu. 

Gambar pertama dengan abg syahmi

Gambar pertama dengan abg Aniq


Gambar pertama dengan ayahtok dan maktok. Marsha cucu ke-9




14 April 2022

Menjadi Ibu (iii)

 

Subhanallah
Alhamdulillah
Allahu Akbar

Setelah menempuh 2 kali bersalin sebelum ni maka untuk kali ketiga rasanya lebih tersusun, teratur dan bersedia mental dan fizikal. Ikut kiraan doktor, jangkaan bersalin pada 5 Mac 2022 tapi jangkaan aku baby akan keluar 3 Mac 2022 rupanya percaturan Allah yang maha mengetahui baby lahir pada 2 Mac 2022 jam 11:53 malam.

Jun 2021 buat ujian hamil Alhamdulillah positif. Mengharapkan baby kali ni baby perempuan memandangkan dah ada 2 hero. Masa baby dalam perut 7 bulan dah buat scan dan doktor kata its a baby girl. Air mata mengalir sebak Allah perkenan. Syukur Alhamdulillah. Terus sematkan dalam hati nama untuknya. 

Memasuki bulan Mac, segala persiapan telah dibuat. Tidur malam pon tak lena, perut dah mula mengeras. 2 Mac 2023, terjaga subuh. Bangun dari tidur terasa air ketuban telah pecah. Panggil suami untuk bersiap ke hospital. Tukar persalinan dan solat subuh dahulu, kebetulan ada mak dan maklong dirumah. Kami tinggalkan syahmi dan aniq yang masih tidur bawah jagaan mak. Ibu cium anak-anak ibu sebelum keluar. Ibu janji akan bawa pulang baby baru untuk kamu berdua.

Abg Syahmi masih tidur dibiliknya.  
 

Abg Aniq tidur dengan ibu.

Dalam perjalanan aku buat ujian covid-19 dalam kereta sebab masa ni masih prosedur PKP, nanti kat hospital pon akan disaring jadi aku dah siap2 Covid test kit nak test sendiri dulu sebelum buat kat hospital. Alhamdulillah negatif. .

Covid19 Negatif


Sampai kat hosital pon buat saringan covid, keputusan negatif. Jadi lepas ke PAC masuk wad biasa dahulu untuk tunggu sampai bukaan jalan 6cm baru akan ditolak ke labour room. Lebih kurang pukul 10 pagi masuk wad. Masa ni husband dah kena balik.. termenung lah kita tengok jam. berjalan sekitar wad, buat senaman ringan. tidur bangun tidur, contraction datang dan pergi. Masa ni sentiasa update dengan husband time contraction dan update setiap kali bukaan cm.

Wad bersalin, sekarang dah ada aircond.

Selfie pakai baju pink polka dots.

Pukul 7pm, panggilan cek jalan tapi sedihnya baru 4cm. balik semula ke katil dan menahan contraction yang datang dan pergi. Allahuakbar sakitnya sambil genggam besi hadang katil. Patient depan katil pon sama masih 4cm.. tapi sekembali dia ke katil tiba-tiba dia mengerang sakit. Nurse pimpin tangan dia untuk ke katil pemeriksaan sekali lagi. Tak sempat sampai ke bilik tu, terus ke katil berhampiran, dia meneran dan bersalin, dengar suara baby menangis. Kami yang lain dalam wad berpandangan dan senyum. Mudahnya urusan dia.. 

Kali ni aku rasa contraction makin kerap. dalam masa 5 minit 3x. kerap sangat. Jam pukul 11malam, aku serah diri untuk pemeriksaan jalan. Bukaan 6cm, doktor suruh beritahu husband nak ke labour room, bila2 masa akan bersalin. terus text husband. Minta dia solat hajat.

11.15 malam masuk labour room, berperang dengan diri sendiri menahan kesakitan. Inilah pertama kalinya bersalin sendirian tanpa suami disisi kerana pematuhan SOP Covid19. 

11.53 malam lahirlah puteriku yang comel. tangisannya menghilangkan segala sakit contaction tadi. baunya terapi ketenangan jiwa. inilah pertama kalinya aku dan baby touch skin to skin memandangkan baby pertama czer, kedua vacuum so baby terus ke NICU. Alhamdulillah yang ketiga ni dapat peluk terus dalam dakapanku.

1 pagi 3 Mac 2023 nurse tolak ke wad. Kelaparan sungguh, datang seorang nurse yang baik hati menghulurkan milo panas dan roti untuk alas perut sebelum menjelang sarapan pagi. Dia ambil baby dan suruh aku makan dulu. Semoga Allah balas kebaikan ini padanya.

8 pagi, Doktor round wad, doktor maklumkan aku dan baby boleh balik. Alhamdulillah terus maklum pada suami. 


Selfie sebelum balik. Tak tahu bila pulak akan bersalin atau ni yang terakhir.

رَبِّ هَبْ لِيْ مِنَ الصّٰلِحِيْنَ

Ertinya: “Ya Tuhanku, anugerahkanlah kepadaku (anak) yang termasuk orang yang soleh.”

 

sarasafran™ Copyright © 2013 Idea by Mysara