Sesi persekolahan 2022
21 Mac 2022
Anakku Firhan Syahmi akan memulakan sesi pembelajaran tahun 1 untuk sekolah agama dan kebangsaan. Pantas masa berlalu seakan baru sahaja mengajar kamu cara berjalan rupanya kini kamu telah 7 tahun, kamu boleh menyiapkan diri tanpa pertolongan ibu, memikul beg ke sekolah tanpa iringan ibu bahkan kamu boleh membeli makanan tanpa perlu pemilihan ibu.
Anakku Firhan Syahmi, jangan pernah merasa putus asa dalam belajar, jangan merasa penat, bersungguhlah kamu dalam menuntut ilmu kerana bekalan ilmu akan menolong kamu di masa akan datang.
Anakku Firhan Syahmi, anak pertama, moga menjadi contoh baik untuk adik-adik. Hormati guru-guru, berbaik dengan rakan dan orang sekeliling kamu.
Anakku Firhan Syahmi, ibu sentiasa mendoakan kamu