29 November 2018

Hadiah Penghargaan Untuk Suamiku

0 comments
Lama tak bagi abg surprise, alang2 dapat bonus ni saya belikanlah hadiah sekaligus merakamkan jutaan terima kasih jaga saya semasa dalam berpantang. 

Bahagia bersama, menangis bersama, ulang alik hospital, berjaga malam, cucikan luka, jagakan Syahmi, kemas rumah, banyak lagi... haih tak tercakap semua pengorbanan tu.


Ya Allah

Kuatkan hati dan semangatku
Tabahkan aku menghadapi segala cubaanMu
Jadikanlah aku isteri yang disenangi suami
Bukakanlah hatiku untuk menghayati agamaMu
Bimbinglah aku menjadi isteri solehah

Ya Allah Ya Tuhanku…

Aku hanya ingin menjadi isteri yang dirahmati
Isteri yang dikasihi
Isteri yang solehah
Isteri yang sentiasa dihati


Amin, amin, Ya Rabbal Allamin...




Semoga terus sentiasa  berada disisiku. 

TERIMA KASIH ABANG πŸ’“

26 November 2018

Shopping Tecso Kulai

0 comments
Tesco ni salah satu pilihan pasaraya besar yang aku & suami berkenan nak belanja barang rumah. Harga tu ada lah yang murah (kalau offer) dan ada lah juga yang mahal sikit dari pasaraya lain, haha aku ni memang rajin sikit banding2 kan harga.. πŸ˜ƒ

Suami dah gaji dia pon ajaklah beli barang2 rumah. Amik tu amik ni habis RM300 ++ 

 Guys, ni buah berangan.. buah ni sedap okay.. sedap sehingga terberangan. haha

 Ni pencuci muka febret. Harga RM19.90 mahal ya ampun tapi terpaksa beli sebab kat rumah dah habis.. malas nak singgah beli kat tempat lain. selalu harga tak sampai pon RM17 πŸ˜“

 Susu Fernleaf 2kg. Susu untuk semua, 1 family.
 Nantikan masakan nasi briyani & ayam merah Brahim's !!
 Adabi dah buat perencah sum siam.. Teruja nak try!
Ni brand cili giling febret. 
 Diapers Drypers untuk Aniq & Genki untuk Syahmi. 1st time beli Genki, terpengaruh tengok anak tomok pakai & iklan kat astro oleh Harith Iskander.
 Ni Choco Malt brand Tesco, pengganti milo plan nak buat biskut batik. hehehe
 Pencuci tangan brand tesco.. wangi & murah
Coklat brand tesco untuk Syahmi
 Of course wajib beli, Strawberries & Persimmon
 Sunlight Nature, ni botol ketiga aku guna. Basuh botol susu anak2, bersih berkilat πŸ’–

Banyak lah lagi barang2 lain macam ayam, bawang2, buah2 tu aku malas lah citer cuma overall puas hati lah shopping kat tesco, barang teratur & semua benda ada..

Alhamdulillah. Tq abang πŸ’˜

15 November 2018

Majlis Aqiqah Muhammad Aniq Syahrin

0 comments
10 November 2019 / 2 Rabiulawal 1440

Alhamdulillah seperti yang dirancang oleh ayah & keluarga mertua akhirnya Majlis Aqiqah dilaksanakan dirumah tokki Aniq di Jerteh Terengganu.

Terima kasih kepada keluarga mertua, keluargaku, ipar, saudara mara, jiran dan semua yang terlibat dalam menjayakan majlis ini.

Minta maaf andai ada yang kurang. Semoga Allah memberkati kita semua 😊







 






 

05 November 2018

Konvokesyen Tadika Kemas

0 comments
Tahniah sayang ibu, Adni Sabrina dah habis tadika 6 tahun. Tahun depan dah boleh masuk sekolah kebangsaan sama dengan kakak Dhaniah.






Aniq pon nak konvo jugak !

 

sarasafran™ Copyright © 2013 Idea by Mysara