ALHAMDULILLAH Syukur padamu Ya Allah.
12hb Ogos, sedang masak sup daging untuk lauk tengahari tiba2 terasa ada lendir dan sedikit darah keluar di V. Beritahu suami itu adalah tanda bersalin. Mungkin beberapa jam akan pecah ketuban. Tapi sakit contraction belum ada.
Buat keputusan untuk serah diri di HSA. Sebelum tu singgah ke rumah mak.. mintak tolong jaga syahmi. Mak ajak makan tengahari. Sempat juga minum air kelapa yg diambil suami & abg zani.
Masa tu sebenarnya 50/50 nak serah diri ke nak biar dulu sebab kalau serah diri belum ada jalan mesti kena jadi bahan eksperimen. Huhu sakit weh doktor seluk kat V tu. Lepas solat zuhur, tidurkan syahmi dibuaian, barulah gerak ke HSA.
Dalam kereta terlelap. Ngantuk sangat. Tersedar bila suami dah masuk parking HSA. Terus berdebar2. Mintak suami keluar dari HSA.. kami ke Hutan Bandar JB. Jelas wajahnya ngantuk. Aku beritahu aku belum bersedia dan ajak dia jalan2 untuk mudah proses bersalin. Aku mmg ikhtiar untuk bersalin normal memandangkan doktor kata kandungan normal takde masalah dari awal mengandung.
Di Hutan Bandar JB sekali lagi keluar tanda. Masih relax berjalan2 di tepi tasik dipimpin oleh suami tercinta. Dah rasa penat berjalan. Kami ke kereta. Masuk jer kereta suami tanya. Ok dah boleh ke hospital? Tah kenapa terus aku bayangkan muka syahmi di buaian waktu kami tinggalkannya. Tak pasal nangis2 rindu syahmi.
"Abang.. saya nak balik. Jom amik syahmi. Saya rindu syahmi. Sorry susahkan abang".
Aku bercelaru waktu ni. Bercampur perasaan. Kami ambil syahmi dan pulang kerumah.
Barang2 persediaan baby untuk ke hospital dibiarkan dalam kereta. Malam tu aktiviti seperti biasa, kami makan skeluarga bersama. Kemudian menonton tv. Suami kata mungkin pagi tu akan ke hospital jadi kena tidur awal. Aku ya kan shj.
12hb ogos 18, Pukul 9.45 pm terasa contraction yang pertama. Perut mengeras dan kali ni lama sikit. Lain macam..terus ambil pen dan kertas untuk catat waktu.
Pukul 10.30pm terasa lagi.. dalam hati ok dah start 1 jam sekali.. tapi air ketuban masih belum ada tanda keluar.
Solat isya dan semua masuk bilik tidur.
Suami letak kepala terus tidur, letih benar. Syahmi pon tak banyak ragam. Mudah tidurnya. Aku masih tak dapat tidur. Hati terus bedebar, baca penulisan bloger pasal tanda bersalin. Throwback moment lahirkan syahmi. Huhu
11.27 pm. Sekali lagi contraction. Aku wsap kat suami menandakan masa. Malas pulak nak gi tulis. Lepastu aku tertidur.
13hb ogos 2018 12.11 am
Air ketuban pecah sewaktu tidur. Sangat banyak. Terus panggil suami bangun. "Abang..abang air ketuban pecah. Banyak ni.. jom siap pergi hospital"
Terus tukar persalinan, kol mak bagitahu nak datang hantar syahmi kemudian terus ke HSA.
Moment ni sama macam nak lahirkan syahmi. Lebih kurang waktu yang sama cuma aku ke HSA dengan ambulans.
Pukul 1 lebih macam tu daftar diri kat bilik saringan. Cek jalan dah 3cm. Aku dihantar ke wad dahulu. Masa ni sakit around 30 minit sekali.
Suami hantar barang kemudian kena keluar wad. Proses stay kat pac pastu nak dapat katil tu amik masa 2-3jam. Pukul 4 macam tu baru aku terbaring di katil. Perasaan sakit + ngantuk.
Contraction datang setiap 10 minit. Terlelap kejap kemudian mengerang sakit. Begitulah setiap 10 minit.
Semakin sakit..6.30 am dipanggil untuk cek jalan. Sambil menunggu giliran contraction datang lagi. Kali ni seperti setiap 5 minit.
Mulut tidak henti berzikir. Ya allah, subhanallah slmt kn kandungan ku. Mudahkan urusan ku.
Macam nak pengsan. Sakit kuat.. aku ditolak dengan wheel chair ke bilik cek jalan. Kemudian di suruh baring untuk cek jalan. Dr cek terus maklumkan patient dah 7cm. Aku terus menangis2. Alhamdulillah. Ini peluang lahirkan anak secara normal.
Dengan katil aku terus ditolak ke labour room. Jam pukul 7 lebih. Aku bersendiri dlm bilik tu. Ssekali nurse dtg cucuk air, cek jantung baby dan cek tekanan darah. Aku pandang pintu. Manalah suamiku. Berharap mereka menelefonnya.
Tak pasti pukul berapa. Nampak suami datang. Sedikit lega tapi sakit yang dtg mmbuat aku spt hlg arah.
HO cek jaln. Kali ni dah 8cm. Lepastu siap suruh aku meneran. Lepastu baby tak kluar.
Aku dah habis tenaga..
8 lebih. Diberi bntuan oxygen. Aku overdose sedut. Blank rasa. Tah kenapa rasa nak meneran sangat. Aku cakap "abang cepat panggil nurse. Saya nak teran"
Aku celik mata sesekali. Lebih banyak pejam efek oxygen tadi..bilik tu penuh dengan doktor, sn, sister. Tah apa alat2 dipasang.. aku cakp sakit..dan kalini dok suruh teran sekuat2 hati.
Dok garang betul tapi aku malas tengok muka dia. Sister tu je supportive. Aku cakap abg...sakit . Aku pegang kuat tanganya rasa nak gigit.baby dah kelihatan cuma belum keluar betul. Keadaan huru hara sikit. Baby dah weak. Dok decide utk vacuum. Hmm sakit ya allah
9.11 am 13hb ogos 2018
Alhamdulillah keluar cahaya mataku yg ke2. Saat yang ditunggu2. Aku dengar nurse kata wah ada lesung pipit. Aku tersenyum. Kemudian terdengar alunan azan oleh suamiku. Luka kat V sangat teruk. Dok jahit dan aku menahan setiap sakit dicucuk jarum & benang dengan pasrah..
Ini bahagianku. Biarlah ku tanggung yang penting anak sihat dan selamat.
Bersambung..