27 November 2017

Transfer Duit Tabung Haji Guna CIMB Clicks

0 comments
Dipetik dr fb Nur Aliah Mohd Nor :

Ni Cara Paling Mudah Nak Transfer Duit Tabung Haji. Wajib Buat Kalau Taknak Hilang RM6000 Duit Simpanan Untuk Masa Depan.

Alhamdulillah. Lia nampak sekarang ni ramai usahawan semua sibuk cipta duit setiap hari dan setiap masa. Bagus dah tu, tapi ada satu yang membuatkan Lia risau dan tertanya-tanya, Lia jadi takut sangat kalau ada usahawan yang abaikan untuk menyimpan duit dalam akaun tabung haji!

Paling mudah Lia bagi contoh di sini simpan di Tabung Haji. Tanya balik pada diri kita sendiri, setiap bulan ada tak kita asingkan duit simpanan ke tabung haji? Sedangkan sebenarnya, setiap kali kita dapat je gaji, perkara pertama kita kena buat adalah dengan membuat simpanan.

Sekarang nak menyimpan ni mudah, semua melalui transfer online je. Tak perlu nak keluarkan duit minyak, tak perlu nak beratur ambil nombor giliran dan tak perlu nak menunggu lama di kaunter. Cuma perlu keluarkan handphone canggih anda itu saja dan mulakan transfer duit ke tabung haji dengan menggunakan CIMBclicks.

Di sini Lia nak ajar step by step cara yang sangat mudah untuk transfer duit ke akaun Tabung Haji secara automatik dan ditolak terus dari akaun bank kita pada setiap bulan. InshaaAllah jika kita consistent menyimpan dengan cara macam ini, yakin dan percayalah suatu hari nanti anda tidak akan menyesal dengan apa yang anda lakukan hari ini.

Bayangkan setiap bulan anda menyimpan RM100, kalau setahun dah jadi RM1,200. Kalau 5 tahun dah naik jadi RM6,000! Ini belum termasuk dividen dan bonus Tabung Haji lagi. Anda sebenarnya akan dapat lebih dari itu. Bestkan. Paling penting juga duit anda selamat. It’s now or never!

Jom ikuti langkah-langkah untuk set pemindahan secara berjadual di bawah ini.

Tolong #SHARE dan #SAVE post Lia ini agar lebih ramai orang dapat gunakannya sama-sama. Tag sekali family dan rakan rakan anda ajak mereka simpan duit di Tabung Haji juga yaa.

Image may contain: phone
Buku tabung haji
Image may contain: text
Wajib Login CIMBclicks. Takyah ajar dah ni.
Semua mesti tahukan. Kalau tak tahu juga langkah seterusnya mesti blur nanti. Kan.
Untuk awal ni Lia nak ajar cara kita SET FAVOURITE TRANSFER.

1. Pergi ke Pay Bills
No automatic alt text available.
2. Type “enter biller name” itu kepada Lembaga Tabung Haji.
No automatic alt text available.
3. Akan keluar macam di gambar ini. Type je okay mesti keluar punya Lembaga Tabung Haji.
No automatic alt text available.
4. Masukkan nombor akaun Tabung Haji
5. Masukkan nombor kad pengenalan
6. Letak berapa amount yang anda nak transfer
7. Tick “add this biller to My favourites”.

Kemudian tekan butang “Proceed to Payment”.
No automatic alt text available.
8. Tunggu nombor TAC dari handphone anda
9. Tekan “Confirm” lepas dah masukkan nombor TAC

Dan siap! Nampaknya dah berjaya set favourite akaun Tabung Haji di CIMB clicks.

*Di sini akan dikenakan caj sebanyak RM0.53 untuk CIMBclicks. Kalau Maybank cajnya lain, iaitu RM1.06 saja. Anda nilai sendiri mana yang lebih murah.
No automatic alt text available.
Seterusnya ni kita nak setkan autotransfer secara consistent setiap bulan.

11. Pergi ke Settings
12. Click Scheduled Transactions
Image may contain: text
12. Tekan Select a service
13. Tekan Pay Bills.
Sofar boleh follow? Teruskan. Siki
t je lagi ni

.No automatic alt text available. 
 14. Pilih Savings Account anda

15. Pilih Lembaga Tabung Haji yang kita dah set kan sebagai favourite tadi

16. Lepas itu boleh Click Submit dengan bahagia

Mudah ke mudah?


  No automatic alt text available.

17. Masukkan nombor akaun Tabung Haji
18. Masukkan nombor IC
19. Masukkan no telefon anda
20. Letak jumlah yang anda ingin simpan
21. Pilih tarikh mula untuk transfer kemudian pilih recur every month, dan pilih berapa bulan nak tolak secara automatik
22. Siap dah? Click je Update!

 
 No automatic alt text available.
 Wah nampaknya dah sampai ke step yang terakhir ni.

Well done! Tahniah!

Selepas ini, duit anda akan ditolak setiap bulan ke akaun bank Tabung Haji anda.

Masih ingat lagikan kompas kewangan? 30% darinya adalah UNTUNG. Jadi, dah selamat satu simpanan anda ke Tabung Haji.

Terima kasih kepada semua yang follow step by step ini hingga tamat. Alhamdulillah


-  Dipetik dari FB Nur Aliah Mohd Nor  -
 



































04 October 2017

Diari Mak 26 tahun yang lalu.

0 comments
04 OKT 1991 - 04 OKT 2017 

Alhamdulillah hari ini telah bertambah umur. Pagi2 mak hantar gambar di WA, rupanya petikan diari dia 26 tahun yang lalu. Sama cerita kami, melahirkan anak secara pembedahan. Mak melahirkanku, aku melahirkan Syahmi. Tempat juga sama, di HSA JB. Dugaannya juga sama dimana aku menangis malam selama 40 hari manakala Syahmi menangis malam selama 2 bulan 2 minggu. Tiada istilah rehat dalam pantang. Mak menulisnya di dalam diari manakala aku mencatatnya di blog. Mak tak suka marah, apatah lagi bebel. Mak cuma "DOA". Semoga aku menjadi ibu yg cekal sepertinya. Patutlah dapat belajar kat Terengganu, mak dah doakan. Terima kasih Mak. Terima kasih Ayah. Tanpa kalian, tiadalah aku...

 
 

Diari mak:

"Untuk anak kali ini memang aku terpaksa dibedah. Setelah aku berlapar 1 hari. Misi kata jika 4/10 cancel aku terus makan malam tu. Marahnya rasa hati. Esok pagi2 dia kata Nurul awak dah sarapan ? aku jawab belum. Dia kata Ok kali ni jadi bedah. sebelum tu masuk air 2 botol..... Aku dihantar balik ke katil selepas bedah, aku diberitahu bahawa anak kali ini seorang perempuan.

Aku menerima ketentuan Allah ini dengan rela hati. Aku namakan dia Siti Maisarah, perempuan dalam kesenangan. Moga aku senang memeliharanya dan dia akan sentiasa senang mata memandang, di tapak kaki kanannya ada tahi lalat yang agak besar. Kata orang anak ini akan jalan jauh. Moga2 kalau dia meninggalkanku dalam jarak jauh biarlah kerana pergi menuntut ilmu kerana Allah.

5/10 Esok petang aku dipindahkan ke wad timur dalam waktu melawat. Ramai saudara mara datang, oteh suami isteri, cik tengah, mak, mak pontian, uda dan lain-lain. Oh ya mak usu juga saing aku beranak juga. Senang betul dia beranak. Perempuan juga.

Hari ke 5 aku dibenarkan pulang, agak sukar menjaga anak ini. Kuat nangis malam dihospital dulu mahupun di rumah. Hampir 40 hari dia sering menangis waktu malam. Aku terpaksa bergilir dengan abang bila dia menangis terjerit-jerit. Macam2 minyak kami buat sampaikan terpaksa tebuk kelambu kerananya.

Ya Allah besar benar dugaanmu ketika aku sakit begini. Alhamdulillah habis pantang, habis ragamnya. Barulah nampak nyenyak tidurnya. "

04 Okt 1991
12.55pm

03 October 2017

Khasiat Teh Hijau

0 comments

 Beberapa bulan lepas ada dengar berkenaan khasiat Teh Hijau di ikim.fm, ramai yang menganggap minum teh hijau adalah untuk kurus.. sebenarnya bukan untuk kurus, tapi ia membantu pencernaan dan pembersihan usus. maka sisa2 kotoran dalam perut akan keluar dan secara tidak langsung perut kita kempis. tu yang terasa slim.. hehe

Antara khasiat lain adalah :
  • Teh hijau sangat kaya antioksidan.
  • Menjaga kesihatan kulit.
  • Menghindari risiko kebotakan kepala.
  • Mengurangkan pertumbuhan jerawat.
  • Menurunkan berat badan.
  • Baik untuk tekanan darah.
  • Teh hijau mengurangi risiko kanser. 
  • Mengurangi resiko penyakit jantung dan kolesterol.
  • Teh hijau meredakan stress atau sakit kepala.
  •  Mencegah Diabetes.
  • Meningkatkan memori.
  • Baik untuk tulang.
  • Menyihatkan rambut, kulit dan kuku.

Jom amalkan minum teh hijau at least sehari secawan 😍

23 September 2017

Happy Birthday MFS 2 years

0 comments
21 Sept 2015 - 21 Sept 2017

Selamat ulang tahun ke2 anakku. 
Semoga terus membesar dgn sihat, 
 jadi anak soleh dan 
didoakan berjaya dunia akhirat.

 Ibu & ayah sayang Muhammad Firhan Syahmi ❤ 




03 August 2017

Third Year Anniversary

0 comments

Alhamdulillah syukur. 3 tahun sudah mahligai cinta dibina. Semoga sentiasa dalam rahmat dan lindungan Allah. Abang demam pulak hari anniversary ni, kita postpone dulu celebration. Semoga kembali sihat abang!

 I love my small family πŸ’“πŸ’™πŸ’šπŸ’›πŸ’œ



16 July 2017

Join Carousell

0 comments
Hai guys, malas betol aku menaip sekarang, lepas raya hari tu mengemas rumah (sebelum raya tak kemas ) didapati banyak betul barang2 yang dah tak guna, macam stroller, baby seat, playpen, baju, jeans, banyak lah senang cakap.

Ada yang baru, ada yang dah guna, terdetik rasa nak jual so apalagi cecepat install carousell and masukkan gambar barang and put some details there, condition ke harga ke color ke apa2 lah pasal barang tu. 

Meh lah jengok2 carousell kita. Tapi stakat ni memang takde postage la sebab takde masa nak pi hantar courier, so orang sekitar Senai, Skudai atau Kulai bolehlah deal. herherher

Yang penting boleh nego. 

ID mfs_store

πŸ˜‰πŸ˜‰πŸ˜‰πŸ˜‰πŸ˜‰πŸ˜‰πŸ˜‰


26 June 2017

Aidilfitri 1438H

0 comments
SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI
MAAF ZAHIR DAN BATIN 

πŸ‘ͺπŸ’“πŸ˜†πŸ˜„πŸ˜ƒπŸ˜˜

#TeamRayaTerengganu
#TeamRayaRumahMakMertua
#TeamTurqoise
#TeamBertiga
#SaraSafranFamily



22 May 2017

Happy birthday abg

0 comments
Happy birthday abg!
Terimalah hadiah sebiji kereta ferlari merah
lambang percintaan abadi
Hahaha 😊



21 Mei kita celebrate kat Zamsaham hotel Senai Airport,
Makan buffet breakfast. hahaha
tak pernah dibuat orang kan celebrate birthday timing breakfast.... 
unik ape πŸ˜‰






15 May 2017

selamat hari ibu

0 comments
Kami sayang mak dunia akhirat.
 Semoga Allah murahkan rezeki &
 kurniakan kesihatan yg baik kepada mak. Amin 🌹






08 May 2017

Cara download video Facebook Online

0 comments
Assalamualaikum, hari ni aku nak share cara2 download video FB secara online. Ada 2 kategori video iaitu PUBLIC dan PRIVATE.
Cara yang pertama adalah download video public, contohnya video kawan2 share, nampak kat timeline FB kita. Yang kedua adalah video private, contohnya korang ada group FB private (only member group je nampak post video tu), group study ke, kelab ke, persatuan ke bisnes dan sebagainya.. 

1. Video public

1. Ok,first sekali, right click pada video dan klik show video url.

2. Select all  link url tu kemudian copy.

3. Buka http://fbdown.net/ dan paste link url tadi.

4. Klik button download tu. Lepastu keluar link download video in normal quality, kadang dia detect video hd, boleh pilih nak normal ke hd. pilih lah mana2. klik je.

5. Nanti keluar video yang korang nak download tu, right click and pilih save video as....

6.Yang ada format mp4. boleh lah tu. pilih location save & klik save. SIAP ! :)





2. Video Private 
(tiada gambar sebab ni private, dah bagi step, follow je. )

1. Buka page group dan cari video tersebut.
2. Right klik pada page dan pilih View Page Source
3. Copy semua code . Ulang lagi sekali. SEMUA. ctrl A + ctrl C
4. Buka http://www.getfbstuff.com/facebook-private-video-
5.  Paste code tadi, ctrl v
6. Klik download.Video akan appear, right click dan klik pada save video as...
7. pilih lokasi simpan.


Settled :)


17 April 2017

Selamat Menunaikan Ibadah Umrah

0 comments
3 April- 14 April 2017
SELAMAT MENUNAIKAN IBADAH UMRAH
untuk mak, adik, maktok, maklong, pak ude dan semua yang berpeluang untuk menunaikan ibadah ini, mudah2an satu hari nanti kita juga akan peroleh rezeki ini, InsyaAllah Amin



 


















 

sarasafran™ Copyright © 2013 Idea by Mysara