21 June 2016

Abg Demam

0 comments
15 Jun/ Rabu, abg demam panas, dia dah pergi klinik Chew, klinik panel company, doc cakap suhu 39c dan bagi MC untuk esok. Masa tu aku kat Muar,  petang abg ambil Syahmi tapi dia dah tak larat nak handle Syahmi yang lasak tu. huhu, masa dia called tu aku tengah drive baru sampai Ayer Hitam, punyalah rushing.. Sampai rumah hampir pukul 7 malam.  Abg tu kalau demam punyalah lemah gemalai macam baby.. huhu terbaring lentok jer.

16 Jun/ Khamis, abg masih demam, badan panas memang tak boleh puasa, langit2 dah bekerut sebab kering, bila gosok gigi jer berdarah. kesian tengok.  Aku dah siapkan air badak, roti, ubat, air asam jawa untuk dia sebelum pi kerja, Syahmi hantar rumah pengasuh.

17 Jun/ Jumaat, abg bangun sahur macam biasa dan pergi kerja, tengah hari dia called bagitahu badan weak sangat dia tak larat.

18 Jun/ Sabtu, masih tak baik demam, kami ke Hospital Kulai. kali ni suhu dah 37.3c tapi abg memang tak sedap badan lagi, yang drive kereta pon aku, petang tu elok sikit siap ajak pergi Segamat haha jap lagi malam jer down balik. adehhh

19 Jun/ Ahad, abg bangun sahur dia berjaya puasa :)

20Jun/ Isnin, abg dah pergi kerja, dia cakap badan dah sihat sikit, dah boleh puasa. Upah dia sihat masa berbuka semalam buatkan oren jus no ice.

Abg cakap no more ice sepanjang ramadhan ni. kita tengok. kita tengok ^^

Semoga Allah memberi kesembuhan kepada abg dan boleh meneruskan ibadah puasa ini. Amin

17 June 2016

Second Outstation

0 comments

13,14,15 jun 2016

System tak siap 100% lagi tapi dah release kat 3 centre untuk introduction. Mula2 pergi centre kat Senai, hari kedua pergi Batu Pahat dan hari ketiga ke Muar. Lepak wehh jalan dalam bulan puasa ni. tak dapat makan minum (T_T')

Kali ni bersama staff dari KL nama dia Mior & Wan, so aku & Nina, kami berempat mengelilingi Johor.

Sebab aku baru 2 bulan jer kerja sini so aku malas nak taip detail pasal kerja aku, nama company, sistem ape yang dimaksudkan semua tu bla bla bla ba.. lain kali lah aku explain tunggu jadi permanent staff. hehe

Hari ketiga outstation 15 jun, abe call bagitahu dia demam. haaaaaa!!!!!!!

 

sarasafran™ Copyright © 2013 Idea by Mysara