24 March 2016

Hari lahir angah

0 comments

Rindu yang paling berat ialah merindui insan yg sudah tiada. Hari ni hari lahir angah. 24 Mac. Kebetulan hari khamis sama dengan hari pemergian angah. Rindunya tak terungkap, asalkan teringat terus air mata membasahi pipi. Ya Allah tabahkan hati mak yg melahirkannya dan kami sekeluarga . Ude rindu angah !!!!






23 March 2016

Benjol Angin pada kepala bayi

0 comments
Ni cerita minggu lepas tapi baru sempat nak update hari ni.

9 Mac,  Bangun pagi macam biasa nak siap pergi kerja, sebelum tu aku usap dulu kepala Syahmi yang sedang tidur lena. Setiap pagi memang usap kepala dia dulu sambil doa dan pesan supaya jadi anak soleh, jaga diri baik2 ibu nak pergi kerja ni... tiba2 terasa ada benjolan bulat macam telur kat kepala dia, perasaan masa tu punyalah terkejut terus gegar abg bangun dan suruh bukak lampu, memang sangat pelik nak kata benjol terhantuk sebab jatuh memang taklah sebab benjol tu sama je warna dengan kulit kepala, tak ada merah tak ada biru. 
  
Tekan2 benjol tu Syahmi tak nangis maknanya tak sakit, kami pon cepat solat subuh terus pergi Hospital JB. memang tak sedap hati ni, Syahmi siap tidur balik dalam kereta, ibu & ayah punyalah risau. Ibu rasa ibu dah nangis dah sikit. haha panik T_T'

Dalam pukul 7.30am - 7.40 am macam tu kot sampai hospital, terus ke ED, kat kaunter ada MA, dia tanya ada jatuh ke, kami geleng2. Banyak lah dia tanya, dia tanya siapa jaga baby, kami cakap lah hantar rumah pengasuh. dia tanya baby ada pengsan tak? muntah tak? jatuh tak? semua kami cakap tak. Memang tak ada. Lepas dah daftar dapat nombor, kami duduk kat ruangan menunggu. Orang tak ramai, jadi memang sekejap je duduk dah dipanggil. Doc Mohd Idris yang check up Syahmi, doc cakap tak nampak masalah yang serius sebab Syahmi tak pengsan tak muntah dan tak nangis. Syahmi memang tak nangis langsung orang tekan benjol dia tu. huhuhh Doc suruh pantau dulu kat rumah macam mana. Tak pasal ibu AL hari tu ayah pulak masuk kerja lepas balik dari hospital.

Ibu pon buat research sendiri, ada blogger2 yang share pasal ni kat blog diorang, katanya ini cuma benjolan angin, angin dalam badan dah naik ke kepala, ada yang kata tersalah urat di bahu/ tengkuk tapi mostly cakap ni angin sahaja dan bukan masalah serius. Ibu belek2 pon lama2 benjol tu dah susut. LEGA.....


 3 Jam lepastu dah hilang dah. Alhamdulillah LEGA. Sejak tu memang belek2 kepala Syahmi, tup tup 17 Mac jadi lagi. Kali ni benjol tu kecik jer melintang.

 Pengasuh Syahmi kata baby normal ada macam tu anak dia dulu pon ada. 2-3 jam lepastu benjol tu pon hilang.. huhu mungkin baby dalam 5bulan / 6 bulan ni baby tengah lasak nak belajar merangkak lah, meniarap, golek2 lah tu yang ada terseliuh urat ke apa. lagi 1 si ibu dah tak pantang makan. So ade kesan jugak kot kat anak..

Banyak benda baru kena belajar dalam proses membesarkan anak ni. Ibu cuba yang terbaik dan doakan  agar kamu sentiasa sihat ceria dan dijauhkan dari sakit yang memudaratkan. 
Ibu sayang Syahmi :)


22 March 2016

Syahmi 6 bulan

0 comments
Alhamdulillah

21 Sept2015 - 21 Mac 2016

Semalam genap Syahmi 6 bulan. Kejap jer dah besar anak ibu ni :) Sebelum ni memang ibu dah suap cerelac haha sebab kamu lapar aje. Semalam ibu suap kamu labu. Maktok kamu buat pengat labu lepastu ibu amik labu dan lenyekkan untuk suap kamu. :) :)





Sedap hingga jilat jari tu. hehe Lepasni ibu dah kena rajin masak untuk kamu sebab kamu dah mula nak makan. Ok ibu promise akan buat yang terbaik untuk kamu sayang. Ibu doakan agar anak ibu ni membesar dengan sihat dan jadi anak soleh. Amin

04 March 2016

Rindu Angah

0 comments
Angah
ude rindu angah
rindu sangat
sampai termimpi angah

angah
ude rindu angah

angah 
ude rindu

ude tak tahu nak cakap kat siapa
ude rindu angah

angah 
ude sentiasa ingat kat angah

ude rindu sangat
angah
angah
angah
tolonglah
ude rindu ni






Ya Allah. 
Sesungguhnya kau lah yang maha mendengar lagi maha mengetahui.


 

sarasafran™ Copyright © 2013 Idea by Mysara