27 July 2015

Pemergian Tok Ayah

0 comments
27 Julai 2015 

Tok ayah sebelah suami.
Telah pergi buat selamanya.
Kembali kepada penciptaNya.
Tok ayah dalam ingatan. 

Allahyarham Abd Rahman bin Hassan
Semoga arwah ditempatkan dalam kalangan orang yang soleh disisinya. 
Amin Ya Allah


Birthday Aimi Dhaniah

0 comments
27 Julai 2015
SELAMAT HARI LAHIR YG KE-6
NUR AIMI DHANIAH BINTI MOHD ROZANI

Aunty doakan semoga kamu membesar dengan sihat, berjaya di dunia & di akhirat. 






18 July 2015

Kisah Raya Kedua

0 comments
2 Syawal 1436
Sabtu
Walaupun ni 2 syawal, nilah raya pertama untuk aku memandangkan semalam, 1 syawal aku kerja. Lepas balik kerja terus balik kampung ayah kat Pontian. Atok dah tak ada tapi adik beradik ayah pakat berkumpul raya bersama kat rumah atok tahun ni.

Ni gambar kami pagi 2 syawal. Abg takde sebab raya kat kampung dia, Abg Zani pulak kena kerja raya kedua.


Kami gerak ke Benut pagi tu, nak raya rumah saudara belah mak pulak, kami singgah sekejap dekat tambak pontian, banyak dah berubah. Tengah hari terik pon sempat jugak bergambar walau mata  terpaksa sepet tahan silau.. haha


Kat Sanglang, Pontian, singgah 3 rumah pakcik ayah lepastu kat Ayer Baloi singgah rumah pakcik mak. Lepastu kami gerak ke Kg. Lama Benut. Sempat beraya rumah atok long jer sebijik lepastu along ajak balik, katanya penat berjalan. 
Kami balik rumah tiba2 along jerit bagitahu air ketuban dah pecah, masa tu ada mak long, mak long cakap relax2.. so kitorang pon teramatlah relax sempat solat asar, makan2.. Along cakap air makin banyak keluar, ok bermulalah detik panik.

Masa tu ayah kat rumah mak tok, mak call ayah suruh balik cepat, petang tu jugak ayah pecut kereta dengan lajunya menuju ke Hospital Kulai, mak kata Hospital Pontian leceh. lagi pon kalau jadi apa2 confirm2 Hosp Pontian hantar ke Hosp JB. Diorang pergi bertiga, mak cerita ayah pecut hingga 140-150 kat highway, yang along pulak terjerit2 sakit, mak call abg zani suruh pergi hosp Kulai. Punyalah dramatik macam cerita dalam tv pulak. huhhh

Tinggallah aku, nana, sabrina dan dhaniah kat kampung, kami kemas2 barang masuk kereta terus singgah pusara Angah kejap lepastu singgah rumah maktok kejap dan balik Senai.

Telefon ni sentiasa berbunyi sebab saling contact dengan mak. Akhirnya lepas solat maghrib kami dikhabarkan berita gembira. Alhamdulillah lahirnya seorang anak saudara lelaki baru yang kami nanti2 kan selama ini. maklumlah dah 2 anak saudara dalam keluarga ni perempuan :)

Arwah angah pasti gembira sebab ini yang dia selalu cakap. Anak along lelaki. Ya Allah sedinhnya rasa, angah tak sempat tengok anak along, apalagi anak aku yang  bakal menyusul lahir. hmm

Tadaaaaa ni dia hero syawal :)
Mohamad Aidil Behzad bin Mohamad Rozani


Semoga menjadi anak soleh,
Mentaati peritah Allah, Meninggalkan larangannya,
Menghormati ibu bapa dan orang tua,
Berjaya di Dunia dan di Akhirat.

Lepas ni turn aunty pulakkk.. huaaaa T_T'

17 July 2015

Hari ini Aidilfitri

0 comments


Hari ini Aidilfitri
Ku  hanya sendiri
Tanpa suami di sisi
Bertugas dari pagi
Menangis dalam hati

Mungkin esok kembali ceria
Tapi tak sama kerna tiada dia
Angah pergi selamanya
Hanya mampu berdoa
Semoga arwah bahagia di sana

Itulah namanya suka dan duka
Datang pergi tak dijangka
Moga kita sentiasa bersedia



 

sarasafran™ Copyright © 2013 Idea by Mysara