Alhamdulillah, segala yang dirancang berjalan lancar, rombongan ke Jerteh Terengganu ni sebenarnya untuk menghadiri majlis perkahwinan pihak lelaki. kira keluarga suami aku lah. hehe
lepas dah berbincang semua, ayah setuju untuk sewa 1 bas. Tapi disebabkan 1 sept adik daftar U, terpaksa juga ayah bawa kereta ke sana kerana selesai majlis mereka akan ke KL.. Oh ye, famly along akan ke Kelantan lepas tu dan famly mak usu akan ke Ipoh. So total 3 kereta 1 bas. so kami semua bertolak pada pagi 30 ogos 2014 lebih kurang jam 9 pagi.
Wahh meriahhh macam anak YB :p
Best punya best nak cerita amatlah penat. Ni pon tak habis round lagi Terengganu. InsyaAllah akan datang pergi lagi, dah ada kampung baru kan.. hihi
Kami semua selamat sampai di Jerteh pukul 7 petang, sebab tak tahu jalan, tuan rumah suruh tunggu di Masjid Hadhari, Jerteh.
Lepas semua dah siap solat Maghrib kami semua begerak menuju homestay. Alamak gambar homestay takde. lupa capture, tapi rumah tu banglo besar nak masuk blog tak muat.
------------------------------------------------------
31 Ogos 2014
Pagi2 lagi masing2 dah bangun, beratur nak guna bilik air katanya. haha dalam pukul 9 pagi lepas sarapan pagi semua semangat nak ajak ke LA hot spring. kolam air panas semula jadi kat Jerteh ni memang popular untuk pelancong luar singgah. Kolam air panas ni berperingkat, dari panas, suam dan sejuk, paling panas kat kolam atas, sejuk kat bawah jelah..
|
adni, aimi, natasha, nafisah |
Dah puas berendam, kami ke homestay semula untuk bersiap ke majlis kahwin. Tepat pukul 11.45am masing2 dah siap berkemas dan naik bas. terbaik lah semua. cekap dan pantas. hehe
Tiba di rumah pengantin pukul 12.15 tgh hari, majlisnya pukul 12.30 tgh kira ok lah tu, mana ada rombongan sampai awal kan? selalu terhegeh lambat. haha
Masuk pintu pagar rumah pengantin ada kaunter aiskrim, dengan cuaca yang panas terik memang laku lah aiskrim free ni :)
tengok2 cik abang suap aiskrim kelapa. sweeett gitu :) <3
Sedia maklum majlis pihak lelaki ni takdelah besar mana, setakat nak uar-uarkan si lelaki dah berkahwin, si keluarga dah terima menantu, tu jelah kan, takdelah nak sanding kompang bagai. dah jom maknnn :)
Alhamdulillah semua berjalan lancar. Cuaca pon sangatlah baik, lepas makan2 rombongan bas tadi bersalam2 dan mereka bergerak ke KT untuk shopping2. wahh bestnya, tapi i kena tinggal :(
Keluarga mak usu & along begerak ke Kelantan, Ayah, adik,ma & angah pula ke KL.
TERIMA KASIH SEMUA
Maaf andai ada terkurang layanan, persediaan, kemudahan dll.
----------------------------------------------------------------------------------
Esoknya hari buli pengantin. hahaha takpe dah biasa, style kat johor memang pengantin yang basuh periok, kalau tak buat tak tahu. Tapi kira ok lah kat rumah dia periuk kecik jer, kat rumah aku hari tu periok dah lah besar boleh sumpat orang dalam tu, banyak pulak tu ada dalam 8 - 10 periok besar. huaaaaaaaa :(
ehh sebelum berakhir, buat adikku
Meet Nana selamat menempuhi alam IPT, tahniah kerana berjaya untuk sambung ke pengajian lebih tinggi (ijazah), maaf aku tak dapat hantar kat UM. tapi mungkin aku akan datang jenguk kau kat sana nanti. Jaga diri baik2, belajar sungguh2, jangan leka. Jadilah kebanggaan ayah & ma. Semoga kau berjaya mengecapi apa yang diimpikan. Sayang sikit! muuahh! haha :D