22 August 2014

Doa untuk Adib Nabila Farhah (ii)

0 comments

Klik link untuk cerita lanjut :


AHAD | 17 OGOS 2014 | 21 SYAWAL 1435


Adib Nabila Farhah Binti Khairul Amin
Telah pergi meninggalkan kami untuk selamanya, dia pergi menghadap penciptanya. Allah Ya Rabbi.

Nabila, dia sepupuku, baru sahaja berusia 16 tahun menghidap kanser darah 3 bulan lalu akhirnya tewas melawan kanser.

Allah lebih menyayanginya.

Nabila, akak rindu kamu sayang.
Kita sangat rapat masa kecil dulu.

9 am | 17 Ogos 2014
Kami dapat panggilan Ocik (ayah Nabila) dari Hospital Ampang Kuala Lumpur. Ocik cakap doktor suruh bersedia, Nabila dah kritikal.

9.30 am | 17 Ogos 2014
Nabila dah meninggal dunia

Ocik hantar mesej, katanya perlu selesaikan semua pengurusan jenazah di hospital  ampang dan baru hantar pulang ke rumahnya di Taman Impian Jaya senai. Lebih kurang pukul 1.30pm baru segalanya siap dan jenazah dibawa pulang.

Kami sekeluarga sangat sedih waktu itu lagi2 ma, mungkin ma selalu jaga Nabila masa dia dirawat di HSA.

Dalam pukul 3 lebih petang itu kami sekeluarga pergi ke rumah Nabila, masa tu jenazah baru sampai Pagoh, kami datang awal  dengan tujuan membantu kemas rumah tapi Alhamdulillah jiran tetangga terlebih dahulu mengemasnya.

Pagi itu aku dah rasa sesuatu tak kena, aku ambil handphone ma untuk lihat gambar Nabila. Aku juga ada tunjuk gambar Nabila kat suami. Sebenarnya hati ini terkilan sebab hampir sebulan tidak berjumpa Nabila. hmm

Sewaktu di luar rumah Nabila, aku terpandang Garfield (Kucing Nabila). Dia seolah cemas dan sedih, baring di simen koridor, aku mendekatinya, dia menjilat tanganku. Tah kenapa tiba2 rasa sebak dan air mata mengalir.

Ya Allah kau permudahkanlah perjalanan mereka membawa jenazah. Permudahkanlah urusan pengkebumian jenazah. - doa ini sahaja di bibirku dari pagi tadi

Cuaca Mendung, seolah turut berduka.

Alhamdulillah pukul 5 lebih petang itu jenazah, keluarga dan saudara mara yang mengiringi selamat sampai di rumah Ocik.

Mereka mengangkat keranda dari van jenazah ke dalam rumah. Ya Allah, sedihnya, dan kali ini aku percaya dan aku terima Nabila dah tiada.

Hujan lebat.

Jemaah wanita membacakan Surah yassin dan solat jenazah. Kemudian Jemaah lelaki pula. Kali ini hujan lebat selebatnya beserta petir dan guruh.

Imam membaca doa memohon Allah permudahkan urusan jenazah. Hujan yang lebat kini gerimis dan berhenti. ALLAHU AKBAR. Allah maha besar.

Nabila anak solehah.

Aku terpandang Garfield, dia turut serta dalam saf lelaki. Apabila jemaah lelaki beredar keluar rumah. Garfield mendekati Nabila. Dia seolah duduk. dekat sangat di kepala Nabila, Garfield seolah mengerti tuannya sudah tiada. Kemudian  Garfield menuju ke pintu rumah. Ibu Nabila memeluknya. Sangat erat dan dia menangis. "Tuan awak dah tak ada" katanya.

Jam hampir pukul 6 petang, pengkebumian perlu disegerakan. Selepas ahli keluarga memberi ciuman terakhir, jenazah dimasukkan semula ke dalam keranda. Nabila, akak cium kamu untuk kali terakhir. Tidurlah kamu dengan tenang ye sayang.

 Kami semua bergerak ke Tanah Perkuburan. Alhamdulillah cuaca cantik. Tidak perlu bawa payung. tidak hujan lagi.

Nabila dikebumikan, yang menyentuh hati, kawan2 sekolahnya yang membantu mencangkul tanah. Selesai dikebumikan, imam membaca talkin.

Dari Allah kita datang, Kepadanya jua kita kembali. Kami pulang dulu Nabila. Nanti sampai waktu, tibalah giliran kami pula menyusul bersamamu mengadap Illahi.


Nabila semasa dirawat di HSA JB
Garfield


Bismillahirrahmannirrahim. Ya Allah Ya tuhanku yang maha pemurah lagi maha mengasihani. Sesungguhnya aku hamba yang banyak berdosa kepadamu. Aku tahu akan dosa dan pahala, tetapi sering tidak mengendahkannya. Aku sedar akan adanya kematian, tetapi sering melupakannya. Aku juga sedar dunia ini hanya sementara tetapi hidup seolah-olah untuk selamanya. Bila mendapat kejayaan dan nikmat, jarang sekali mgucapkan syukur kepadaNya seolah-olah aku perolehnya dengan usaha aku sendiri semata-mata. Aku mengaku adanya Tuhan, tetapi sedikit sekali yang beriman. Ampunkan aku ya Allah. Aku lalai dengan godaan dunia. Kau berilah aku peluang dan petunjuk agar aku lebih bersungguh melakukan ibadatmu dan meninggalkan larangan mu.

Ya Allah terimalah doa ini, makbulkan doa ini untuk Nabila.

Bismillahirrahmannirrahim. Ya Allah Ya tuhanku yang maha pemurah lagi maha mengasihani. Hari ini kau telah ambil Nabila dari kami maka aku memohon padamu agar dia kau tempatkan dalam kalangan hamba yang solehah disyurgamu. Ya Allah berikanlah kekuatan kepada ibu ayahnya, adik beradiknya, ahli keluarga, saudara maranya serta kenalannya untuk menghadapi berita ini. Ya Allah, Nabila telah menghidap kanser dikala usianya yang masih muda, masih bersekolah dan kau telah cabut nyawanya semasa dia sakit maka aku berdoa agar kau permudahkan urusannya di alam kubur, mudahkan juga perhitungannya di padang masyar nanti. Kau jauhkanlah dia dari siksa kubur, jauhkan dia dari azab api nerakamu. Ya Allah, aku memohon agar kau melipat gandakan pahala amalnya didunia untuk bekalan akhirat ya Allah. Sesungguhnya Nabilah anak baik, anak solehah. Terimalah doaku ini Ya Allah. Amin ya Rabb.

INSYA ALLAH 

---------------------------------flashback----------------------------------

Nabila, akak pernah jaga kamu masa di HSA, akak bagi kamu kad kahwin dan kamulah orang pertama yang dapat kad itu. Nabila cakap " kakak doakanlah kita cepat sembuh, kita nak datang majlis akak".  Akak sentiasa doakan awak Nabila. Sentiasa risau. Tapi masa majlis akak, ibu cakap awak tak sihat. tak boleh berjumpa orang, tak boleh terdedah dengan persekitaran luar, badan awak lemah dan mudah berjangkit penyakit. Ibu pun tak datang sebab jaga Nabila, yang datang ayah, aiman, dini, adam & najla. akak faham keadaan tu. tak mengapa. akak ingat akan jumpa awak lagi tapi tahu2 jer awak dah dihantar ke hospital ampang. 


Akak ingat lagi masa akak jaga Nabila. Nabila ajak pergi tepi tingkap, Nabila kata angin petang2 best lepastu nampak Singapore jelas. Nabila suka sangat pemandangan tu kan.. beberapa hari lepastu akak tengok Nabila upload kat facebook buat cover photo. Akak perasan kat timeline. Akak senyum jelah. Nabila sentiasa dalam ingatan dan doa kami. Selamat tinggal Nabila :(







08 August 2014

Majlis Perkahwinan Sara Dan Safran

4 comments
02082014
Alhamdulillah sekali lafaz, maka sah dan rasmilah aku menjadi isterinya, terima kasih Abg ! Semoga ikatan perkahwinan ini kekal hingga ke syurgaNya.

ALHAMDULILLAH
TERIMA KASIH ALLAH

TERIMA KASIH JUGA KEPADA :
Bonda, Ayahanda, Along, Abg long, Angah, Adik, Keluarga Mertua, Saudara mara, Sahabat, Jiran tetangga dan semua yang terlibat dalam persiapan majlis ini.

Perkenalan hampir 4 tahun ini akhirnya disatukan menjadi suami isteri. Terima kasih cintaku.



































 


 

sarasafran™ Copyright © 2013 Idea by Mysara