31 December 2013

Kontrak Habis. Bye SC

0 comments
tik tok tik tok
hari ini 31 Dis 2013
Hari terakhir
kontrak habis.

Terima kasih semua.
Harap lepas ni dapat tawaran bekerja di tempat lain, 
haissh banyak nak tanggung ni :p


Gambar ni masa jamuan tadi, sempoi giler makan bersila :)



Haaa.. yang ni with best buddy, tudung pon sama kaler :p


Panjang umur kita berjumpa lagi yer. 
I'will miss u'olls.. 
tata titi tutu

ohh claim.. im waiting u.. come to me baby $$$$
 :P

29 December 2013

Engagement Day

0 comments
Khamis, 26 Disember 2013

Alhamdulillah, majlis selesai, eeh dah jadi tunang orang ker? haha tak percaya -.- 
Terima Kasih Ma, Ayah, Along, Abang, Angah, Adik, Aimi, Adni (eeh dah kenapa semua AAA ni) yang membantu menyiapkan persiapan majlis hingga selesai. Fuhh penat amat. Rabu malam baru aku berkesempatan nak menolong sebab sibuk berkerja. maaf maaf.

Terima kasih jugak jiran2 yang tolong rewang, sponsor kuih muih, haiih terhutang budi dibuatnya.

Backdrop
Backdrop tu aku decorate sorang2 pukul 12malam sampai 3 pagi tapi hasilnya tiada. macam tak wujud. BTW tengs kak zura sponsor kipas ala2 bunga warna warni tu.

bakal mak mertua
Dup dap weh time ni.. bila nak hilang dup dap ni tak tahu lah.. huaaa

hantaran pihak lelaki 5 berbalas 7
Ni pon aku buat sorang malam rabu, sirih junjung dengan sebakul buah tu jer orang sponsor. Jangan tengok banyak kali. Dahlah tangan tak seni.. hahahaha takat ikat reben jer mampu, haa lagipon nak bagi lelaki kan, tak perlu kot nak sarat bunga2 bagai.. hihihi >.<

Selepas majlis selesai.
SAYA HARAP MEMILIH DIA ADALAH TEPAT DAN MUKTAMAD. INSYAALLAH.

Lepas majlis selesai,, celebrate belated birthday Adni setahun dan anniversary mum & dad ke-29 :)
Gambar ma & ayah takde, sibuk sangat layan kawan2 dia yang datang. huhh


Terima Kasih semua :)

23 December 2013

DIY bunga dari reben

2 comments
#DIY
Do It Yourself

Cara2 nak buat bunga menggunakan reben.



Bahan-bahan : 

Reben (potong sepanjang 2 inci sebanyak 6 potongan )
Butang
Felt (potong saiz duit 20 sen / 50 sen)
Gam uhu / hot glue gun
Gunting
Lighter (Bakar tepi reben)

step 1


step 2

step 3

Senang jer.. kalau nak buat pin tudung / baju pon boleh.. gam pin kat belakang felt tu :)
Selamat mencuba !

15 December 2013

Happy Birthday Adni

0 comments
Happy Birthday to you
Happy Birthday to you
Happy Birthday to Adni Sabrina
Happy Birthday to you

♫♪♫♪♫♪♫♪♫♪♫♪♫♪♫♪♫♪♫♪♫♪♫♪♫♪♫♪

Celebrate adni birthday's at kefci..tapi aunty takde >.<

Aunty love you sweetie. Be a good girl ya !:)
 ♥♥♥ ♥♥♥♥ ♥♥♥♥♥♥♥

Semoga Cepat Sembuh Rizal

0 comments

Kami buddyz takkan terpisah.
(ayat diatas ni pinjam ayat iklan digi buddyz kejap. hehe)
Well, ni bestie aku since form two tahun 2005. Kami 1 sekolah, mana lagi.. kat STARP lah.. Ada cerita disebaliknya, yang lepas biarlah lepas. Tapi gambar ni masa aku sem 1, tahun 2009 kat Teluk Cempedak.

13 dec 2013           23 :13
Got a bad news, eeh rizal ni dah kental sangat ker pergi langgar bas ! hmm.


14 dec 2013          12:35
Aku tak faham lagi apa sebenarnya yang berlaku kat rizal ni, means here condition dia.. macam mana, tak tahu nak tanya siapa, tapi bila tahu rizal kat HSI, nekad jer nak datang visit. Bawak sekali En Pere sebab lepastu nak pergi wedding biok kat Tampoi.

Sebelum tu mintak tolong kak ina trace kat mana rizal admit, so dah tahu dia kat HDW tapi bila sampai HDW diorang cakap rizal dah masuk bilik OT. 

Operation pulak amik masa berjam2 lamanya. 



15 dec 2013

Lepas baca reported ni baru aku faham..  rizal eksiden lepastu dia dihantar ke HSA tapi ICU  HSA  penuh so transfer ke HSI. Yang sedihnya bila pihak hospital menghadapi kesukaran mencari contact waris untuk inform family dia, abang dia bagitahu aku semalam family dia tahu pukul 8 malam 12 disember. hmm

Apa2 pon sekarang dia dah selamat, keluarga dah tahu, doc dah ambil tindakan sewajarnya, dia pon dah dibedah semalam dan sekarang dalam pantauan rapi kat High Dependency Ward (HDW). 

reported doc pukul 02.08pm tadi.


Aku tak paham sangat , tapi nampaknya macam kritikal jer. lung contusion tu maknanya paru2 dia luka ke. Ya Allah, kasihanilah hamba mu ini.

 Honestly saya tak sanggup nak tengok awak kat HDW tu  :(
Harap cepat keluar dari HDW tu, nanti saya boleh tengok kat ward biasa. Saya gigil dengar bunyi beep beep sound dari mesin tu.

.
.
.
.
Saya doakan awak dari jauh yer. 



Bersabarlah kawan, Allah sedang memberi kamu ujian. 

Saya dan kawan2 yang lain mendoakan awak supaya cepat sembuh. 

Berjuang ye! Jangan putus asa :)



Pesanan : Kepada penunggang  motosikal, sila hati2 apabila berada di belakang kenderaan lain, Kepada pemandu pula tolong jangan suka2 tukar haluan jalan kiri atau kanan dan behenti sesuka hati anda. Dan sesiapalah pengguna jalan raya pon tolong peka dengan kenderaan lain sekeliling anda. Pandu ikut had laju. Guna isyarat apabila mahu membelok. Jangan pentingkan diri sendiri. Ingatlah orang tersayang. Tolong tolonglah beringat yer semua ! >.<



03 December 2013

Selamat Bercuti Ibu

0 comments
Hari ini 3 Disember sehingga 7 Disember 
ibu pergi bercuti di Bandung, Indonesia. 
Wahhh nak ikut.. nak ikut :(

Tak dapat nak hantar ibu kat Airport, aku kerja, ayah kerja, along kerja, adik kerja, abang pulak kena jadi baby sitter hari ni, terpaksa kawan dia ambil kat rumah. pukul 3.15 petang tadi call, dia dah kat Airport. 

IBU  

Selamat bercuti :)
Semoga dipermudahkan segala urusan, 
selamat dalam perjalanan pergi dan balik,
semoga selamat di sana, 
selamat dari apa-apa pun lah. 
i love u and i'm worrying about u.
Jangan lupa ole-ole kami.
Ude kirim beg batik :) jangan lupa beli.
Jangan lupa ambil gambar banyak2.
Whoaa..bestttnyaaaa
last sekali..jangan lupa balik sini ya ibukkk :D


Mudah mudahan semuanya selamat..amin.
 I miss u :(

Kena buli

0 comments
Walaupun ini cerita beberapa hari lepas, tapi ia masih segar bugar di ingatan, saat itu, entah kenapa aku rasa macam...............nak makan sotong ! grrrr


ini nana.

ini pianto.
ini syafiq
Gambar syafiq tak clear sebab ni gambar candid, pulak tu guna camera depan, mula2 tunggu dia ni sejam. Agak mencabar jiwa jugaklah, ni kawan sekolah nana, sebagai denda dia tolong pam tayar. TQ TQ

Lepas sejam tunggu syafiq, pianto pulak call in trouble decker.. takde jet la, takde boat la, takde karpet terbang la, suruh aku amik dia kat rumah. Kali ini terasa seperti menelan sebiji lemon bersama kulitnya. Nasib baik hujan, dengan hati yang ikhlas dan memahami, ikutkan jugak lah cakap dia ni..

Lebih kurang sejam selepas tu, kami semua berada di KSL, yeahh sangat KeSaL. Tak menarik pon -.- tah macam mana lah perodua viva ni boleh bawak kami kesini.

Kepenatan menunggu mereka ni lantas membuat perut ini berbunyi krak kruk krak kruk.. huhh lapar kemain. So memilih old town white coffee untuk lunch. Makan cover2 sebab semeja dengan Aaron Aziz wehh..
shy shy meow gitu =.=

Aaron Aziz edition #2

Nana hilang ingatan, eeh salah dia hilangkan diri, rupanya masuk cinema.
 Aku terasa seperti boneka tiada hati tetapi ada perasaan.

Aku kecewa.

"Jujurlah sayang aku tak mengapa,
Biar semua jelas telah berbeda"

Balik rumah terus Demam. Terima Kasih semua. 
huaaaa crying crying  :(

Personal Assistant Aaron Aziz #2
Sebenarnya i watak utama oke.. Bukan 3 orang tu..
 kenapa lupakan i. kenapa kenapa :(

"Jika nanti aku yang harus pergi,
Ku terima walau sakit hati."
 

sarasafran™ Copyright © 2013 Idea by Mysara