28 July 2013

Happy 4th birthday to my niece

0 comments

Allah selamatkan kamu,
Allah selamatkan kamu,
Allah selamatkan Nur Aimi Dhaniah,
Allah selamatkan kamu.


Semalam, 27 Julai 2013 genap umur
Nur Aimi Dhaniah binti Mohd Rozani
 4 tahun.
 Dah janji nak hadiahkan Dhaniah kasut raya sempena birthday dia ni, lepastu dia request yang ada heel, semalam survey tapi kasut yang dhaniah nak takde size dia. Nanti aunty cuti kita pergi beli oke :)
i love you sweetie <3

Ayah masak nasi arab

0 comments
Sejak ayah balik haji tahun lepas, dia suka sangat makan nasi arab, yelah.. sebab sebelum pergi haji, mana lah pernah makan nasi arab tu walaupun banyak restoran ala2 Arab kat Malaysia ni. Semalam buka puasa ayah yang masak. Tiba2 dia cakap kat ma, tak payah masak.. biar dia yang masak..

ehh.. ni bukanlah 1st time ayah masuk dapur memasak, dia dah expert, cakap jer masakan ape, semua tahu cuma lepastu dapur kat rumah jadi tongkang pecah -.-
tapi...dia masak sedap taw !

ktang ktung ktang ktung
bunyi dari dapur
akhirnya

....................
...............
........
......
terhasil lah 

Nasi Arab Special


Gambar ni memang 100% original aku yang capture, bukan google image yer. Dah rasa, memang ummpphh sedap !! :) Terima kasih ayah <3

24 July 2013

Snow chezzy

0 comments
Tadi waktu rehat pergi Tesco Pandan ngan kak zura, haissh dalam tesco tu boleh pulak terpandang asam, tambah pulak ni bulan puasa, memang telan air liur jer la tengok, so.. sebelum air liur menjadi padu 1 liter dan melimpah ruah meleleh di mulut ini, cepat2 aku pilih 3 peket asam ni sebab 1 peket rm2.50 tapi beli 3 rm5.00.

 Dah keluar tesco pergi kedai jual cheese cake ni, actually dia jual macam2 lagi, ada popia basah, rojak buah, tahu bakar, tahu sumbat, layer cake, kerepek dan banyak lagi lah makanan dan semua tu aku berani cakap dia sedap!! masalah sekarang ni, aku lupa nama kedai tu walaupun dah lebih 9kali masuk tesco tu..huhu maaf lah yer >.<
so, tadi aku beli snow chezzy ngan purpleberry cheese tart, tak sabar nak tunggu azan maghrib sayang oiii..hahaha


Hari tu aku dah search resepi oreo cheese cake, nanti nak buat, dengan semangatnya, tapi...nanti tu tak tahu bila.. btw selamat berbuka semua, eeh tunggu azan maghrib nanti yer.. :)

21 July 2013

Menjual pin tudung :)

0 comments
Menjual pin tudung yang comel..
 berminat?
boleh pm,,
 eh? hehe taklah..
ni aku saje jer buat bila ada masa terluang, 
jual dengan budak2 sekolah, kebetulan adik nak tolong promote kat kawan2 dia, tu yang bersungguh2 buat :) 


 pssstt...orang kata, nak jadi bisnes man/woman kena mula kecik2 dulu, so aku tengah berusaha lah ni. mana tahu lepas ni jadi tokey kedai kain.. hmm? haha :)

18 July 2013

My Niece (ii)

0 comments
My lovely niece,

Nur Adni Sabrina 7 months.
Jalan2 dengan kakak.

Belang2 by old navy kids clothes.

Adni Sabrina demam.

Adni dah mula pandai meniarap.

Adni dah pandai duduk.

Bukak buku nak buat kerja sekolah. hehe

More? Click here : My Niece (i)

My Niece (i)

0 comments
My lovely niece, 
Nur Aimi Dhaniah 4 years,


 Dhaniah ikot datang opis.
Berangan nak fashion tudung macam yuna katanya.

4 tahun dah pandai bawak kereta. Untunglerr :)
Makan nasi briyani Kat Bay Leaf Briyani House.

Kat Festival Layang2 Pasir Gudang, Johor.
More? Click here : My Niece (ii)

Laptop kena air

0 comments
2hari lepas laptop En Pere kena air, tah cammana member serumah dia boleh langgar heater pastu tertumpah atas laptop dia. Air panas pulak tu.

Dah 12 jam selepastu baru nak cerita.. Haa nak jawab ape pon tak tahu. Keringkanlah dulu yang mana berkenaan la..

En Pere try on laptop tu
....
......
........
...............


Ni lah hasilnya.. haisshh dugaan bulan puasa ni, bawak istigfar dan bersabar lah yer En Pere :)
Standby $$$$

16 July 2013

Coretan Hati

0 comments
kau yang hilang.
kenapa datang kembali

dan

ketahuilah kau

yang

sejarah tak mungkin berulang








14 July 2013

Mesej kepada pakcik jual air

0 comments
Pakcik, meriah pakcik jual air macam2 jenis. Saya lalu gerai pakcik tapi saya jalan je terus kedepan. Dah tengok gerai lain pon saya masih teringat air kat kedai pakcik, maklumlah warna warni setiap balang air tu, ada merah, hijau, kuning, coklat, ungu :)

dah abis round bazar tu, saya patah balik jalan ke gerai pakcik, singgah beli air kathira sebab warna hijau yang sangat mengancam anak tekak >.<

Pakcik, air tu pakcik masak tak? mintak maaf tanya, sebab semalam saya sakit perut. Bukanlah saya nak menyalahkan pakcik tapi perut saya pedih malam tadi. Dari 1 ramadhan hari tu, semalamlah kali pertama saya singgah bazar beli makanan, malam tadi sakit perut sangat. Memanglah saya ada beli makanan yang lain tapi rasanya semuanya dimasak. Sebab ada jugak dengar2 orang bercerita yang ada segelintir peniaga tak masak air.

T adi saya baca artikel ni. [Klik Sini] seram oi baca.. yelah, kita manalah sempat nak cek tangki air kat rumah tu, tapi saya rasa dah sedia maklum kan semua pengguna tahu bahayanya klorin dalam air, apelagi air paip dari tangki yang ade klorin tu di buat minuman  -.-

Disini saya berharap agar pakcik berhati perut untuk masak air sehingga mendidih ataupun menggunakan mesin penapis air supaya air yang dijual tu tidak memudaratkan kesihatan. Janganlah kerana mengejar keuntungan, pakcik mengambil remeh hal ini.

Di bulan yang mulia ini juga saya mintak maaf kat pakcik sebab saya hanya menyatakan statement ini dalam entry blog saya sahaja. Sebab saya takkan pergi bazar kat situ lagi. Semalam singgah pon sebab kebetulan lalu kawasan tu. ^^



Sumber gambar : ihsan pakcik google :)


10 July 2013

Ramadhan Tiba

0 comments

Salam Ramadhan 1434 Hijrah

 

Ramadhan tiba
Marhaban Ya Ramadhan

Ramadhan tiba semua bahagia
Tua dan muda bersuka cita
Bulan ampunan bulan yang berkah
Bulan terbebas api neraka

Andaikan saja Ramadhan semua
Bulan yang tiba bulan yang ada
Karena besarnya setiap pahala
Yang di janjikan kepada kita

Dalam bersahur ada pahala
Dalam berbuka alangkah indah
Menahan diri menahan lidah
Menjaga hati menjaga mata

Banyakkan amal hari-harinya
Pahala datang berlipat ganda
Berlomba-lomba untuk ibadah
Dunia bahagia surga nanti gantinya

Dan semoga setiap jiwa
Diberikan ampunan-Nya
Dan semoga hapus semua
Kesalahan setiap jiwa

Marhaban Ya Ramadhan 

-opick-

Saudara-saudari,
Bulan Ramadhan ini adalah anugerah Allah sebagai lambang kasih sayang kepada hamba-hamba Nya. Allah tidak mensia-siakan keletihan umatnya yang berpuasa hinggakan tidur di waktu siang juga diberikan pahala. Begitu besarnya kasih sayang Allah pada kita. Oleh itu marilah bersama-sama kita menilai diri kita. Semoga tahun ini amalan kita akan semakin bertambah dan sempurna perlaksanaannya. Insya Allah. Janganlah kita termasuk dalam golongan yang menganiayai diri sendiri.

09 July 2013

Air Tin Kosong

0 comments
Sebelum : Air Tin
Selepas : Tin Kosong

Semalam, balik kerja terperasan lori depan kereta ude ni, Mak aii, penuh ngan air tin lori tu bawak. Mana datang tin2 tu haa?  Memang dah perhati, kesemuanya adalah tin minuman (ikot lori rapat2 sebab nak tengok tin.. haha)


 Gambar lori tu dari Jauh


  Gambar lori tu dari dekat.

Agak2 berapa ribu tin tu? =.=

08 July 2013

Resepi Homemade Pizza

0 comments
Assalamualaikum :)

Hari ni ude  nak share 1 lagi resepi pizza yang dah diolah bahan2 dari resepi pizza ude sebelum ni.


Resepi sebelum ni ude gunakan cheese dan sausage tapi kali ni ude akan kongsikan bahan menggunakan mozzarella dan daging kisar. Sebenarnya ude hanya gunakan roti pita sebagai gantian doh sebabnya "express" jika anda rajin untuk menguli doh pizza,di  sini ada caranya [Klik Sini] 

Alasan guna roti pita, sebab dah siap..lagipon bila beli barang2 buat pizza, dah takde masa nak uli doh.. hehe :p

Bahan2 :
- Roti pita bentuk bulat
- Mozzarella  
- Sos Prego / kimball (tomato)
- Black pepper
- Ramly daging lembu kisar
-Lada(cincang)
-Bawang merah (dihiris) 
-garam



Cara-cara :
langkah1
-Tumis bawang besar yang dah dihiris dengan sedikit minyak.
-Masukkan daging kisar, lada dan garam
-Gaul kesemua bahan sehingga daging masak.

langkah 2
-Panaskan sos tomato sehingga mendidih

langkah3
-Ambil roti dan sapukan sos tomato yang sudah dipanaskan tadi.
-Ratakan daging yang siap dimasak (langkah 1) 
-Letakkan mozzarella di atas sekali sebagai topping

 -Bahan2 tadi kesemuanya sudah siap dimasak, oleh itu , ude hanya perlu masukkan ke dalam oven/microwave/micro oven dalam 2 minit sahaja untuk mencairkan mozarella tersebut.
Beef Pizza siap! selamat mencuba :)

KLIK SINI [Resepi Kebab Ude]

07 July 2013

Menjual Arnab

0 comments
Aku tak pro sangat nak promosikan arnab ni, tapi entry ni aku just nak tolong abang & akak aku iklan kan arnab dia, dia pon ada jugak promote kat mudah..



 Jenis2 ni pon aku tak berapa nak tahu, so info lebih lanjut boleh call :
Mohd Rozani : 0167463002
Alamat : Quartes Senai Airport

Terdapat juga :
*Ayam serama
*Sangkar arnab
*Dedak arnab

Terancang?

0 comments
Adakah ini semua sudah terancang sebab aku tak rancang atau rancangan ini dirancang oleh orang lain supaya rancangan aku terancang oleh dia.. hahaha melalut apakah ini! Sepastinya aku tak rancang begini.

Hmm..

Sebenarnya aku kena kerja raya ni. Sebab? Sebab aku  belum kahwin.. So ada sesape nak ajak aku kahwin? HAHAHA :p hilang fokus dibuatnya =.=

gundah gulana 
emosi bercelaru
terkenang
tart nenas
kuih suji
rendang daging
ketupat
serunding
duit raya
.
.
.
.
tak dapat gi solat sunat hari raya ngan orang kampung.

sekian nak bagitahu semua ini bukan rancangan aku, tapi kalender..
 ada sesiapa nak dengar rintihan hati ini?
huarrgghhh :(

JDT 1 - 1 Selangor

0 comments
Tarikh : 06 Julai 2013
Masa : 8.30pm
Lokasi  : Stadium Tan Sri Dato Haji Hassan Yunos, Larkin


Tak sangka stadium larkin malam tadi penuh penyokong JDT, sampai pasang skrin besar luar stadium, seat tak cukup. Ramai orang pon Alhamdulillah tak tercetus pergaduhan atau apa2 eksiden buruk.i mean macam kat stadium Pahang hari tu sampai match postpone -.-

The best moment bila  "Johorean" bersorak non-stop menyokong JDT dan "hujan resit" !  Wehh, best giler tengok resit2 tu. Osem !!
:) :) :) :) :) :) :)
 Teruja sampai lupa nak snap !

Ni beberapa gambar saje aku snap buat kenangan :))




Tahniah JDT, harap akan tingkatkan lagi prestasi supaya semakin cemerlang kerana JDT sangat bertuah ada penyokong yang sangat ramai dan setia. Untuk team bola sepak yang lain, yang cuba cari masalah dengan JDT , please ignore them sebab mereka ada masalah mental,,haha sorry,, taklah sebenarnya over perasaan la tuh, padahal player2  tu semua takde masalah pon, well mereka ni jugak akan bergabung menjadi pasukan bola sepak mewakili "MALAYSIA" . Takde sebab logik juga sebenarnya team lain nak bermusuh musuhan, budak2 tak matang jer buat statement senget benget kutuk mengutuk team bola ni. Tolonglah terima hakikat yang menang kalah adat pertandingan. Tu pon susah ker?? Dah kalau team kau menang, tu sebab ada team yang kalah.. kalau team kau kalah tu maknanya team lain yang menang, mana mungkin  2 team boleh juara dalam 1 game.. tu pon tak boleh pikir lagi ker haa! tak boleh pikirrr??? haha geram aku !

Gambar simpanan encik google.


so Malaysian..
 "Please keep maintain your support to our national football team."
 "Perpaduan menjamin keamanan."
"Bersatu teguh, bercerai roboh."
"Nak seribu usaha, taknak seribu dalih."
"Jangan bersorak ketika menang jika tidak mampu menyokong ketika kalah"


♫♬ ♪
LUASKAN KUASAMU
OH JOHORKU
HAPUSKAN SEMUA MUSUHMU
PAHLAWANKU
SETIA BERSAMAMU JOHOR
MERAH BIRU
HIDUP MATI JOHOR...
♫♬ ♪♫♬ ♪♫♬ ♪♫♬ ♪





 






03 July 2013

Karnival Kerjaya Perkhidmatan Awam

0 comments
Jom ramai-ramai pergi karnival ni :



Karnival Kerjaya Perkhidmatan Awam
4 Julai 2013 (Khamis)
9.00 pagi – 4.00 petang
Dewan Jubli Intan Sultan Ibrahim, Jalan Dewan 82000, Pontian, Johor
Tentatif : Pameran Kerjaya – 9.00 pg – 4.00 petang
Taklimat Kerjaya/Teknik Temuduga : 1.00 ptg – 2.00 ptg 

Anjuran :


Jumpa ude kat sana :p

 

sarasafran™ Copyright © 2013 Idea by Mysara