30 January 2013

Semakin Dewasa

Memilih haluan untuk meneruskan perjalanan ini
Bukan senang.
Bekerja sama sekali berlainan dengan alam persekolahan
Masih banyak lagi cabaran yang perlu ditempuh

Kuatkan semangat
Bersabar

Kadang merasa seperti putus asa
Merenung jauh
Fikir masa depan
Liku-liku ini harus ditempuh

Berkata kepada diri sendiri
Semoga Berjaya


28 January 2013

Kerja (i)

Setelah sekian lama menjadi Manager kepada diri sendiri, Alhamdulillah, lepas isi form application hari Jumaat 25/1/2013, hari sabtu aku dapat feedback yang aku boleh masuk training hari ni Isnin (28/1/2012). So hari ni first day aku masuk kerja sini, mengharapkan semuanya akan berjalan lancar bergaya, cehh :)

Thanx a lot to kak ling & aidil sebab boleh terima aku kerja sini.. so far oke & harap berterusan sampai..hmm...sampai bila ek? jeng..jeng..jeng !

Oh, lupe nak beritahu yang aku kerja kat Celcom Center Senai, hello everybody! datang sini datang sini, tapi..kak ling kata esok nak transfer aku kat Airport, tak kesahlah.. lagi pon lagi dekat dengan rumah ^_^




So, my wish : Harap semua urusan dipermudahkan. Amiinn.


26 January 2013

Aku Mahu Dia


Saat aku kenali dia
Hati ini selalu gundah
Selalu ingin dekati
Dan ingin menghampiri dia
  
Aku mahu dia milikku
Ku harap semua pun tahu
Bahagia terasa bila
Ku melihat senyumannya

Aku sedar ku telah jatuh cinta
Dengannya hatiku terasa luar biasa
Aku tahu kau selalu curi lihat aku
Matamu jelaskan kau mahu

Katakanlah padaku kasih
Andainya kau punya
Perasaan sepertiku
Agar kita bisa bersama

Tolong jawablah kasih
Jawablah perasaan
Hatiku yang menebal
Ku selalu terbayang senyummu

Selaluku terbayang senyummu :)
-hazama-

01 January 2013

Hello 2013 !

Alhamdulillah hari ni 1hb Januari 2013, Permulaan tahun baru 2013 masihi . Setiap yang baru akan ada lah azam baru, semangat baru, cita-cita baru dan yang paling mustahak umur baru (meningkat).

Tapi, kita hanya mampu merancang, hanya tuhan yang berkuasa menentukan.

Nak listing azam baru 2013 ^( '-' )^

1. Perlu kerja! nak beli kereta, nak kumpul duit kahwin, nak beli rumah......haha banyak lagi nak beli ni!
2. Nak amalkan solat sunat. Yang fardhu tu wajib lah...
3. Nak pergi stadium tengok bola kalau JDT layak ke final :D
4. Kurangkan atau keep maintain berat badan, tak boleh melebihi 55KG !
5. Harap dapat buat suprise kat En Pere ヅ
6. Dapat belikan something untuk ma & ayah :)
7. Dapat masak ikan asam pedas yang lagi sedap dari maktok.. =^.^=
8. Nak shopping kat JPO $_$'
9. Masuk legoland !
10. Rajin update blog (azam dari dulu2 lagi ==' )
11. Nak belikan angah, nana, dhaniah baju yang diorang suka sangat (long dress)
12. Bulan disember nanti duit dalam akaun ada 10ribu lepas dah beli macam2..hehehe
13. Mengharap azam yang pertama sampai terakhir tu dilaksana dan berjaya v(*.*)^

-Selesai 13 azam sempena 2013-
ヽ(´ー`)人(´∇`)人(`Д´)ノ


 

sarasafran™ Copyright © 2013 Idea by Mysara