30 December 2011

Kesimpulan 2011

2 comments

2011 Kian melabuhkan tirainya, Disusuli kehadiran 2012. Semestinya masa2 berlalu pasti ada kenangan di setiap saatnya. Banyak liku2 yang dihadapi. Menelan yang pahit, melepas yang manis. Akhir sekali memuka masam. Tak kisahlah dengan keluarga, kawan atau kekasih. Dan sekurang2 nya setiap orang pasti pernah berhadapan dengan DUA pilihan; oleh itu terpaksa meletakkan dirinya dalam situasi sebagai seorang hakim yang akan memutuskan jawapan tepat.

"Jauh perjalanan luas pemandangan"
Aku setuju dengan pepatah itu. Kadang kita sentiasa leka dan mengejar dunia, tanpa disedari sebenarnya ramai lagi insan yang masih dihimpit kesengsaraan. Kadang kita tak pernah bersyukur malah merungut pula sedangkan masih ada lagi insan yang hidup merempat, berteduh di celah banggunan, menagih simpati orang ramai.

Ayah pernah berpesan,
"Jangan diambil jika bukan milik kita"
Aku darjah tiga waktu itu, beratur di kantin dan mengambil susu uht untuk pelajar yang mendapat bantuan. Dengan bangga membawa pulang kerumah. Ayah yang tahu hal itu terus menegurku. Masih jelas kata2 itu sehinnga sekarang. Kadang aku lupa, aku mengambil sesuatu itu dan berfikiran ia hanya adalah rezeki aku dan aku bertuah.
Aku tersenyum..

Tidak semua yang kita inginkan akan menjadi kenyataan bahkan ada hikmahnya permintaan itu ditunaikan atau tidak. Bersyukur dengan apa yang kita miliki sekarang dan jangan sia2 kan peluang yang ada. Jangan sakiti hati orang kelak hati kita akan disakiti. Hidup adalah pengembaraan.
Selamat datang 2012.

28 December 2011

Jadual Sem6

0 comments


Hey dudes and babes look at my class timetable.
WaTerFish there..
Dush..dush.. Aku paling marah bila tengok jadual untuk hari selasa. Jumpa PA (Penasihat Akademik) tuh bukan lah every week, lepastu aku kena tunggu pukul 4 untuk pergi kelas! masa tu perasaan MALAS mulalah berjinak2 dalam hati, tangan, kaki, kepala dan semua menjadi lemah longlai.

oke.just that. ehh, hari lain pun apa kurangnya. Banyak gap!

25 December 2011

Sweet day :)

0 comments
So many sweet moments and make me really HAPPY.

10-13 Dec 2011 - A trip holiday to Kuala Lumpur, Shah Alam and Cameron Highlands.

13 Dec 2011 - Thank a lot to my beloved mum and pak ude because added me some money to buy Nokia E71.

20 Dec 2011 - Going back to Dungun. Sem 6 begin ^^

23 Dec 2011 - Happy 27th Anniversary to my beloved mum and dad :)

24 Dec 2011 - A trip to Kuala Terengganu with En Pere, we have visited Terengganu Museum, Pasar Payang, Bazaar Warisan, Dataran Shahbandar and Pantai Batu Buruk.

Very nice place and we sharing happy together.. TQ sayang!

"The supreme happiness of life is the conviction that we are loved"

p/s : En pere tak boleh lupa naik kereta kuda masa kat Pantai batu buruk. Dia kata kuda tu bunyi kedekut..kedekut :) :) :)

19 December 2011

Laksa Johor

1 comments
Huaa...esok balik Dungun, 22 Disember daftar untuk sem6..My mum masak special beb hari ni.. That is LAKSA JOHOR! cett, kat Dungun tak ada oke :p
Jemput makan kawan-kawan :)Emm..gambar ni aku rembat google sebab aku malas snap yg my mum masak.. takut korang terliur..hehehe

08 December 2011

Disember arrived

0 comments
Pejam celik pejam celik kejap je dah masuk bulan doblas. ohh..pejam tak pejam hari ni dah 8 disember. lagi 4 hari RESULT keluar.. dup dap dup dap siot perasaan ni.. Whatever happen. kne jgak face it! Lupakan kejap boleh.. act family aku dah plan yg 10hb ni ktorg sume nak HOLIDAY lah.. nk pg Cameron Highland.. feeewwiiitt :) (1st time.huk2) Ikot kan diary, 2 negeri lg dalam Malaysia ni belum jejak.. that is.. Sabah and Sarawak.. Anybody want bring me go to?? HEHEHE.... Sedikit bayangan suasana kat Cameron. Aku search Google Image :p
 

sarasafran™ Copyright © 2013 Idea by Mysara