27 August 2011

Selamat Hari raya 2011

5 comments

Di kesempatan ini, ude nak memohon maaf kepada semua pembaca/bloggers andai ada tersilap bicara, terkomen yg tak sepatutnya, T'post entry copy, T'guna picture korang dan apa2 kesalahan pun sama ada sengaja atau tidak. Semoga korang semua dapat memaafkan ude ye :)

Ps: Raya jom lah dtg rumah ude :)

20 August 2011

Baju Raya 2011

5 comments
Pejam celik pejam celik hari ni dah hari ke 20 puasa. Alhamdulillah :)
Pergi mana2 pun orang dah mula menjual beli persiapan untuk raya. Memang tergugat bajet bulan Ramadhan dan syawal ni. Tapi tak apa lah.. Sebenarnya ada baik nya jugak untuk kita, Oke lah. aku bagi 2 contoh :

*BAJU MELAYU / BAJU KURUNG
-korang akan beli baju ni time raya je kan.

*KUIH RAYA
-Bulan lain bukan tak jumpa org jual kuih raya, tapi dekat nak syawal ni memang ke semua pelbagai jenis ada kat pasaran.
psst..aku suka Almond Malaysia!

Err.. Sebenarnya aku nak cakap.. aku BELUM BELI lagi baju raya..Plan nak warna Purple tahun ni, xpun hitam.. Feewwiitt :) So. korang dah beli ke, Tema kaler per tahun ne?

14 August 2011

Myhome hotel

3 comments
Buat kali pertama sepanjang aku kursus kat PJ, hari ni 14 Ogos adalah hari pertama aku ngan roomate tak sadar bangun pagi.. Act dah terjage pukul 6 pagi tapi disebabkan terasa awal sangat, aku tidur balik lah..

Pukul 7.40 member 1 kursus call.. Jawab pon macam orang tak jejak bumi.. "errmm..sorry late.kitorang tengah siap lah ni"..cett..ayat COVER LINE.haha

haaiiissh..lepastu apa lagi..kelam kabut pergi mandi and siap2..hahaha. Al maklom lah tak jumpa katil kan kat rumah sewa.. tengok la katil besar camni.. Memang lah sedap kalau dah tidur.. err.. Aircond pulak tu. ^^

MY HOME HOTEL SS2 PJ



10 August 2011

Mengira!

4 comments

Mulai Hari ni, Jam ni, Minit ni, Saat ni dan detik ini.. Jom Mengira lagi 16 HARI lagi nak balik JOHO.. Nak CUTI RAYA dah kan!!! haha.. HAPPY nye rasa:))

Hohoho..balik kampung..hohoho balik kampung..hati girang :)

psstt..Doakan ude selamat balik ng bas raya tahun ni. Harap eksiden tu tak berulang dan hanyalah kali terakhir..


05 August 2011

Panic+Nervous

3 comments
Semalam..
Kelas habis awal.. Pukul 11.45 dah habis. Balik la rumah.. Kalau dah tengah puasa ni nampak tilam je lah. Nak pejam mate tapi tengok member kiri kanan login FB, haissh tergugat la. So, aku take out la lappy dpd beg. Sengih2 pasang plug, on suis................. apesal TAK HIDUP. tp lampu menyala.. Sampai 4 kali aku on off pun tak jadi gak. OKE fine. relax. maybe lappy panas kot dah running dalam lab td.
:(
:'(
lappy..wake up pls.. ;(

Tiba2 penolong kelas aku call..dia inform yg aku terpilih pg kursus JAVA!
lepas dia end call. PA aku pulak call..whoa!

Ude : "can't go la cik. lappy sy critical ni"
PA : "sy tny penyelaras program, laptop disediakan"
Ude : merelakan diri. unik betul nama aku,, kena lg!

Dah la PANIC ng lappy. NERVOUS pulak kena pergi kursus JAVA ni. C++ pun merangkak lagi. Adess..

**Alhamdulillah lappy dah oke (boleh post entry ni) haha :) SUKA! syg lappy !
**Kena tinggal Becky kat Dungun. TC ye becky. i miss u!

02 August 2011

Tips kejutkan housemate bangun sahur

5 comments
Dibawah ni ada tips2 menarik untuk dicuba kalau nak kejutkan housemate/roomate korang bangun tidur especially SAHUR. Lagi pulak housemate/roomate korang ni jenis tidur mati. Tak kejut nanti, cari pulak maggie time tengahari.

1. Pegang anak jari kiri/kanan sambil tu panggil nama dia perlahan lahan.. kalau x bangun jugak,,

2. Sentuh bahu org tidur tu..dan goyangkan perlahan lahan.. kalau x bangun jugak,,

3. Renjis air kat muka dia...sambil cakap "bgn..bgn.. atap bocor"... kalau x bangun jugak,,

4. Tampar tampar manja pipi dia..mula2 manja2 lah lepastu kuat2 sikit.. kalau x bangun jugak,,

5. Tutup kipas/air cond.. tapi kalau still tak ada effect

6. Jerit nama dia kuat kuat... kalau x bangun jugak,,

7. Gigit ibu jari kaki dia..cam toyol gigit.. kalau x bangun jugak,,

8. Call no hp dia..bila hp dia ringing cakap gf/bf dia call.. x bangun jugak,,

9. Goyang badan dia kuat2 then jerit "gempa bumi! gempabumi! tsunami!tsunami!..." x bangun jugak,,

10. Jerit api! api! api!... x bangun jugak,,

11. Letak belacan ke ikan masin ke xpun durian sebelah hidung dia..bgi ambik bau sikit... tapi kalau still tak ada effect gak kannnn.....

12. Pergi kat telinga dia...then sebut "MAA RABBUKA!'" sambil seru nama dia byk kali... kalau masih x bangunnnn...

13. Pergi kat dia, baca je surah yaa sin! tapi kalau still tak ada effect gak...ni je la cara terakhir

14. Panggil je la orang masjid/surau untuk uruskan...kerana tuhan lebih menyayanginya..
 

sarasafran™ Copyright © 2013 Idea by Mysara