30 May 2011

Blogwalking (i)

1 comments

Assalamualaikum readers / bloggers. Dah puas belum blogwalking. Aku nak share blogspot yang mantap aku visit minggu ni. Antara yang top 4 kat sini :

1. http://wanitamelayuseksa.blogspot.com
2. http://panglima-harimau.blogspot.com
3. http://blogserius.blogspot.com
4. http://zahiriladzim.blogspot.com

Siapa belum pernah masuk blog di atas. Boleh laa g jenguk sekarang ;)
Kalau korang ada blog yang best korang jumpa, share2 lah oke.

28 May 2011

Kaki kanan ku!

0 comments
Balik keje terus mengadap tv. Ma kate jaga adik, ma, ayah n angah nak balik kampung malam ni. Aku ok je. Dah selalu tinggal berdua ngan adik. Lagi pun esok kerja, adik pula ada kelas tambahan spm. Lebih kurang pukul 11, diorang pun balik kampung. Mula2 aku plan nak siapkan report aku, tapi bila lalu dapur tengok pinggan belum basuh. Tiba2 aku bersemangat nak kemas dapur. Ehem!! (jangan harap aku nak wat kerja ni semua kalau ma ada kat rumah) haha. bukan apa, malas jer nak tunjuk rajin :p

So, start dengan menyusun pinggan, bila aku tengok rak pinggan tu kotor sikit. Aku basuh rak tu. Lepastu pandang pulak kabinet, cepat aku ambil kerusi nak panjat, tangan kanan pegang kain lap, tangan kiri pegang mangkuk air sabun.............

Baru je nk angkat kaki pijak atas kerusi tah cam mana.... aku perasan aku dah terlentang terbaring kat lantai, KAKI JEM.....

hadoi..apelah nasib, tekeluar semua urat kaki ni, biru, hijau, merah, macam2 lah.. ma, maaf lah kerja tergendala, niat ude ikhlas tapi..... benda dah jadi kan..

*Pergh.. serius ni kaki aku sakit, tah terkehel ke apa. aku dah pening nak wat cam mana ni.
*Hope tak membengkak la esok pagi. Aku keje kot esok. hadoii =='

FAKTA : KAKI KANAN AKU SAKIT!

26 May 2011

FAKTA BAHAYA MEROKOK!

2 comments

* Lebih 10,000 kematian di Malaysia setiap tahun direkodkan berpunca daripada merokok. Bilangan kematian ini jauh melebihi jumlah keseluruhan kematian akibat AIDS, tibi, malaria, pneumonia dan kemalangan jalan raya.

*Percaya atau tidak, merokok merupakan penyumbang kepada kes kebakaran sebanyak 25 peratus.

*Negara kita dianggarkan rugi sebanyak RM20 bilion setahun hanya kerana menanggung kos rawatan dan kehilangan produktiviti pesakit akibat merokok dan mengihu asap rokok.

*Banyak kesan buruk akibat merokok antaranya, deria hidung kurang sensitif, keupayaan mental dan fizikal terganggu, gangguan sistem gastrousus seperti ulser perut, penyakit jantung dan kanser pankreas.

*Gigi seorang perokok mudah rosak manakala gusi mudah bengkak. Keadaan ini lambat-laun boleh menyebabkan tisu tulang penyokong gigi musnah dan akhirnya terpaksa dicabut.

*Kemujaraban atau keberkesanan sesuatu ubat merawat sesuatu penyakit berkurangan sekiranya seseorang itu kerap merokok.

*Sekiranya seseorang lelaki merokok lebih daripada 20 batang sehari di rumah, maka risiko isteri dan ahli keluarganya yang lain untuk mendapat kanser dua kali ganda. Aras nikotina, karbon monoksida dan bahan kimia lain dalam darah perokok lebih tinggi daripada manusia normal.

*Bahan kimia dalam asap rokok meransang salur pernafasan sekali gus boleh menyebabkan penyakit asma.

*Karbon monoksida dalam rokok mengurangkan oksigen dalam darah, justeru boleh menyebabkan sakit jantung.

*Merokok menyebabkan kualiti sperma berkurang. Perokok tegar juga boleh terdedah dengan mati pucuk bagi lelaki.

*Hasil kajian yang dijalankan oleh United State Surgeon General membuktikan bahawa perokok lelaki akan mati 13 tahun lebih muda berbanding mereka yang tidak merokok.


20 May 2011

Mati dibunuh?

0 comments

6 Sekeluarga Dibunuh Dalam Satu Malam!!
Sumber daripada : PBJ
AWAS!

Pada 18/07/2007 di Klang, Kejadian berlaku diantara kira-kira pukul 3.00pg hingga pukul 5.00pg 6 sekeluarga terkorban di Tanjong Harapan semasa pergi makan dan bersiar-siar. Menurut kenyataan Ketua bahagian Narkotik dan Jenayah IPD Klang, SP Jibam Belatuk memberitahu mangsa telah ditangkap dan digamkan serta di isi dalam kotak dan dibiarkan di persisiran pantai Tanjong Harapan Berdekatan Dengan Medan Ikan bakar Tanjong Harapan.
Menurutnya lagi semua mayat telah ditemui oleh salah seorang peniaga disitu ketika dia sedang mencuci gerainya . Kesemua mangsa telah dihantar ke HUKM untuk ujian forensik dan bedah siasat. Pihak polis menganggap kes ini sebagai kes Bunuh Separa kejam. Berhati-hati semasa berjalan bersama keluarga pada waktu malam. Gambar pembunuhan ngeri sekeluarga malang itu berjaya dirakamkan oleh jurugambar amatur yang kebetulan berada di tempat kejadian.

Kerja part time

3 comments

Wahh..berabuk blog ni. Lama betul tak update. Erm, nak bagitahu lah ni yang aku sekarang dah kerja part time. Nak tahu kat ner?
Meh la datang sini. Kat Aero mall Senai Airport. Kat kedai ni..



Erm,, cari lah sendiri kat mana koordinat kedai ni. Kedai ni pun cam 7e, serbaneka...


Haa.. wat masa ni yang paling best kerja kat situ ialah. UDE dapat COKLAT BLACK FOREST!!!! Special sebab customer yang belanja :)

So, sila lah JELES! hehe :D

11 May 2011

Model Udenovelty

0 comments


Setelah sekian lame tak capture model utama Udenovelty dot blogspot ni.. So post kali ni cerita pasal budak kecil ni je lah. Sekarang dah 1 tahun 10 bulan. Petah sangat berkata2,, Haisshh geram di buatnya.. Cakap apa semua jelas. Suka betul tengok gelagat dia. Kadang2 aku dah tertidur tapi dengar je suara dia, sanggup ku lepaskan bantal itu..untuk bermain dengan Dhaniah... haha :)



05 May 2011

Unsur manusia

5 comments
Jam menunjukkan 8.30 malam, aku duduk di meja bersebelahan tingkap bilik, memerhatikan bintang, merasakan tiupan angin. Tiba-tiba teringat pula Ustaz Azman, pensyarah yang mengajar subjek tamadun islam.

Ustaz : "Ada berapa unsur kejadian manusia?"
Pelajar : "Ada 4 ustaz."
Ustaz : "Oke pelajar. Sebutkan unsur-unsur kejadian manusia menurut islam dan sains."
Pelajar : "Tanah, Air, Api, Angin"
Ustaz : "haissh awak ni, jawab ikot sedap tekak aje. bukak buku mukasurat 21. Unsur kejadian manusia ada 2 sahaja. Unsur Jasmani dan Unsur Rohani"
Pelajar : "hahaha.. semua mengetawakan diri sendiri."
-Tamat-

Pernah masa budak-budak dulu aku duduk mencelah di antara mak dan makcik-makcikku di kampung. Mereka bercerita tentang 4 unsur ni la (Tanah, Air, Api, Angin). Mak Long kata partner kita mestilah serasi contohnya Air boleh sejukkan Api. Jika Api dengan Angin susahlah nak reda kalau datang masalah. Dan macam-macam lagi andaian la.. Sejauh mana kebenarannya belum boleh lagi di sahihkan. Yang betul mungkin kebetulan.

Nak tahu korang jenis apa?
Kedudukan dalam keluarga memberi gambaran terdekat yang boleh dikaitkan dengan 4 unsur ini seperti tanah, air, api dan angin. Jadi, apa kata korang nilai sendiri keputusan kali ini.

Tanah – Anak pertama, kelima dan kesembilan
Air – Anak kedua, keenam dan kesepuluh
Api – Anak ketiga, ketujuh dan kesebelas
Angin – Anak keempat, kelapan dan kedua belas

Tanah
Individu yang tergolong dalam kategori ini dikatakan memiliki sifat merendah diri dan tidak cerewet. Sifat merendah diri sememangnya sifat yang dipuji namun sekiranya keterlaluan, pasti sifat ia mampu mengundang impak negatif dalam diri kamu. Mungkin telah tiba masanya untuk kamu merubah sikap sambil lewa kamu itu dan membentuk keperibadian yang lebih tegas dan berpendirian. Namun itu bukan bermaksud kamu perlu melaku kan perubahan secara drastik, sebaliknya mulakan setiap perubahan itu dengan perlahan-lahan. Oh ya! Kamu juga digambarkan sebagai individu yang sentiasa bersifat tenang dan bijak mengimbangi emosi. Apa kata, kamu kekalkan jedua-dua keperibadian postif tersebut dan baiki lain-lain kelemahan yang ada. Biasalah, setiap manusia yang lahir di dunia ini memiliki kelemahan dan kelebihan masing-masing.

Air
Sesuai dengan unsurnya, individu yang tergolong dalam kategori ini disifatkan sebagai individu yang berjiwa agak sentimental dan mudah mengeluarkan air mata. Ketulusan hatinya pula tidak perlu diragui kerana mereka yang terdiri dalam katego ri air ini memiliki sifat mengambil berat dan sentiasa berusaha untuk membahagiakan pasangannya. Tidak hairanlah sekiranya si dia dilihat memiliki sifat yang agak romantis. Jadi, bagi kamu yang masih berseorangan… bolehlah mula mencari teman yang terdiri daripada golongan ini!

Api
Individu yang tergolong dalam kategori unsur api ini dilihat memiliki sifat bertanggungjawab dan cekap dalam melakukan apa jua perkara. Selain itu, si dia juga mampu menjadi pendengar dan penasihat yang baik. Orang di sekelilingnya sentiasa berasa selamat apabila berdampingan dengan individu ini kerana individu dari kategori ini dikatakan memiliki sikap sering berhati-hati dan peka dengan keadaan sekeliling. Tapi awas, jika individu ini merasa dirinya terancam mungkin juga boleh memberi rasa panas kepada orang sekelilingnya.

Angin
Bijak berkomunikasi dan sentiasa memelihara adab kesopanan menjadikan individu ini disenangi oleh teman-teman sekeliling. Tidak hairanlah sekiranya si dia sering dikelilingi ramai teman tak kira tua mahupun muda. Sifat manis mulutnya dan bijak bermain kata-kata mungkin akan membimbangkan setengah pihak namun itulah sifat semula jadinya yang sukar untuk dikikis. Bersesuaian dengan sifat angin, individu yang tergolong daripada unsur ini dikatakan memiliki keinginan dan kemahuan yang tidak tetap. Lebih menggusarkan lagi, hatinya terlalu cepat berubah dan mungkin itulah yang menyebabkan mereka kerap bertukar-tukar pasangan.

Waktu petang itu

2 comments

Selamat petang semua. Kalau korang baca post ni time pagi, tengahari tak pun malam ke.. aku ucap selamat ajer lah ye. Hmm. tiba2 aje aku terkenang zaman kanak2 aku dulu kala. Biasa waktu petang macam ni aku pergi mengaji dulu kat rumah ustazah, lepastu baru boleh pergi bermain.

Jap. aku meneguk air air teh dulu... pehh.. lazat! cukup rasa!

Haa. korang pernah main baling selipar? Rasanya aku dah tak pernah lagi nampak budak zaman sekarang ni main baling selipar. Maybe kat rumah dia semua Kasut tumit tinggi, so tak ada chance la dia nak rembat selipar buat baling.. Haha rugi kan.
Ermm.. jap... aku menelan kuih apam mak aku buat ni. Pekena pulak dengan susu pekat ;) tak terkata sedapnya..

Errr korang pernah main tangkap king (spisis spider) lepastu simpan dalam bekas kaset tak pun kotak mancis..Lepastu buat lawan2.. Haiisshh... yang ni tak apa, tak main pun tak pe.. Mak kata nanti malam2 spider datang.. ermm tapi tak ada pulak spider datang.. Ayah datang adalah... sebab............. dia MARAH lah aku rembat bekas kaset dia.. huhu.. sorry.. sorry..

Ok... itu je lah.. Jom makan mee sup pulak ;)
 

sarasafran™ Copyright © 2013 Idea by Mysara