18 November 2010

BINTANG

0 comments
Bintang menyinar dengan gemilang di langit malam ini.
Kau sememangnya seorang ahli magis yang mengagumkan.
Aku tak fikir langit yang dipenuhi bintang malam ini adalah kuasa magis kau.
Cantik ke?
Ya, dan ia adalah yang tercantik pernah aku tengok.
Ini kerana suasana langit yang dipenuhi bintang seperti ini hanya ingin aku nikmati bersama gadis idaman.
Dulu kami sering berteleku bersama dan melihat bintang yang tidak memberi sebarang erti.
Dia berkata, alangkah indahnya sekiranya saat-saat seperti ini boleh dikongsi bersama.
"Aku sukakan bintang"
Tapi malangnya bandar ini memang sukar hendak temui bintang berkedipan.
Aku terpaksa beredar.
Untuk mencari kuasa yang boleh melahirkan bintang.
Aku mengharungi perjalanan yang sunyi dan panjang.
Beberapa tahun sesudah itu.........
Akhirnya aku berjaya mempelajari magis yang paling menakjubkan khas untuk si dia.
Masa tidak boleh dibuang, aku hanya ingin kembali ke sisinya dengan sekilas mungkin.
Pun begitu, aku terlalu lama meninggalkan... tempat ini.
Segalanya telah berubah.
Aku mencari dia di setiap penjuru namun tidak kutemui bayangnya.
Aku hanya ingin melahirkan bintang di langit.
Bandar ini berselirat dengan jalan raya.
Kalau tidak berhati-hati, pasti akan sesat.
Aku dapat rasakan dia pasti berada di bandar ini seraya melihat langit ; memerhatikan malam yang dia mimpi-mimpikan.
Mungkinkah dia akan berasa bahagia.
Bahagia....
Benarkah, ahli magis yang disayangi?
Apa yang kau fikirkan hanyalah hakikat bahawa dia gemarkan kerdipan bintang di langit. Kau tidak sedar, dia sebenarnya amat mencintai kau.
Tanpa kau di sisi, meski betapa indah pun bintang di langit, hanya air mata sahaja yang menjadi penyeri.

17 November 2010

kelebihan ice cream ^^

0 comments
NIKMAT ice cream ;)

cuba tanya aku 4x suka tak ice cream, heyy.. tak mengapa. tanya sekali aku terus jawab "YA". lepas ni law kau jadi kawan aku boleh lah belanja aku ice cream vanilla 1 . Pastu kita melepak kat tasik. waa.. best nya. Aku sayang kau lebih :D haha..

Bagi aku. Ice cream boleh :

-menguatkan gigi kanak-kanak iaitu dengan mengunyah ice cream.
-ice cream yang sejuk boleh mengembalikan sifat penyayang, romantik, pelupa dan melegakan mood yang KURANG baik menjadi LEBIH baik.

Jadi, apa lagi? Jom makan ice cream sama-sama :D

selain itu :
-Zat dalam ice cream boleh memulihkan pesakit insomnia.
-Ice cream lebih murah daripada rokok!
-Ice cream juga mempunyai khasiat sendiri seperti mana kandungan dalam ramuan nya.
Sebab itu aku suka ice cream vanilla, kerana ia lebih berkalsium tinggi.

Fakta :
1) Aku pandai wat ice cream! Aku tak ingat bila. Aku ade menonton sebuah rancangan kat ntv7, kalau tak silap. Rachel Ray. Kebetulan masa tu dia tengah tunjukkan cara-cara membuat ice cream. Lepas aku dah teliti orang tu buat.. Aku pon buat la.Yang best nya.cara dia ajar ni tanpa menggunakan icebox nak beku. lebih pada manual dan sains. Kesimpulannya aku dah buat ice cream tu. Aku buat ice cream rasa mocha ;) SEDAAPPP..

**lame tak buat ice cream. asyik beli jer ^^

2) Aku suka makan ice cream bila hujan.

3) Dulu masa sekolah rendah mak selalu buat ice cream malaysia. tapi bila anak dia hari-hari cari ice cream. Dia dah berhenti buat.

4) Sampai sekarang kalau buat air macam milo, teh, ribena, sirap, oren dll, kalau tak habis aku akan masuk tempat beku untuk jadi ice cream.

5) Aku suka beku kan air kotak coklat dan strawberry. Bila dah beku potong kotak dia dan makan macam ice cream.

6)Masa umur 5-12 tahun Aku akan berdiri depan pintu rumah waktu petang sebab tunggu orang jual ice cream lalu.(kadang-kadang mak bisik dia kata orang jual ice cream tu tak basuh tangan) sebab dah tak bagi aku beli lagi.tapi aku buat tak tahu aje.asal dapat makan ice cream.

7) Aku geram tengok orang makan ice cream depan aku. Sebab aku pon nak jugak lah.

8) Aku pernah makan cornetto-Wall's hari-hari dalam seminggu gara-gara nak masuk peraduan "Cornetto show your love". Hasilnya aku dapat hadiah saguhati. Oke lah, dapat simcard maxis 1 :D

9) Walaupun aku suka makan ice cream. Tapi aku belum terfikir nak pergi melawat kilang proses ice cream atau membuka kilang sendiri.

10) Aku selalu dengar "hey budak ni tak habis-habis ice cream aje" hehehe :p

**aku suka ice cream pop 10sen, ice cream malaysia 20sen, dan semua yang posen-posen. kalau ada duit lebih beli ice cream dalam mangkuk besar lah :)ermm..sedapppnya.


 

sarasafran™ Copyright © 2013 Idea by Mysara