11 November 2016

Jus Rozel dan Mulberry

Alhamdulillah pokok rozel dan mulberry dah berbuah untuk musim ketiga. Tetiba rasa nak share resepi buat jus Rozel dan Mulberry. Sebelum tu nak kongsi sikit khasiat2 yang terdapat pada buah rozel dan buah mulberry.

Khasiat Rozel

Membantu proses pencernaan, meningkatkan kelenjar usus dan berfungsi sbg tonik.
– Melancar peredaran darah.
– Mengubati luka luar dan dalam.
– Mengubati penyakit kulit, menghaluskan kulit dan memperlambat penuaan.
– Sebagai diuretic, penurun suhu dan pereda rasa nyeri.
– Bersifat detoksifikasi, membuang racun.
– Mempunyai efek anti kejang otot.
– Memiliki zat anti bakteria dan anti virus.
– Membunuh bakteria penyebab TBC.
– Memiliki zat anti kejang saluran pernafasan
– Mencegah peradangan pada saluran kencing dan pembentukan batu karang.
– Mencegah penyakit jantung.
– Mengatasi masalah selsema, batuk, dan demam.
– Mengubati asma dan alergi.
– Mengubati insomnia.
– Menormalkan kadar gula darah, tekanan darah, kolestrol, dan asam urat.
– Mengatasi penyakit kardiovaskular/darah tinggi.
– Vitamin C  sebagai anti oksidan dan sebagai anti kanser.
– Meningkatkan stamina dan daya tahan tubuh
– Menyihatkan mata
– Menyeimbangkan berat badan.
– Mengurangi panas dalam .
– Menurunkan tingkat penggumpalan lemak di hati.
– Mengubati pening kepala/migraine.
– Membantu memulihkan dari ketergantungan ubat dan alkohol.
– Menghilangkan sakit sakit di badan.
– Mencerdaskan otak pada anak-anak kerana mengandungi Omega 3 dan DHA
– Dapat mengurangi risiko osteoporosis.
– Mengubati sakit tenggorokan dan sawan.
– Mengatasi masalah stress/tekanan.

Khasiat Mulberry

1.  Pokok Mulberry adalah makanan utama ulat sutera terutama daunnya. Maka disebabkan itulah jika di Malaysia, daun pokok Mulberry dikenali sebagai daun ulat sutera atau besaram. 

2. Buah Mulberry mengandungi asid sitrik, gula dan vitamin C. Daun Mulberry pula mengandungi adenin, amilas, asid suksinik, karotena dan kolin. Biji Mulberry mengandungi ureas. 

3. Kulit akar pokok mulberry mengandungi beta-amirin, minyak meruap, resinotanol dan sitosterol. 

4.Buahnya boleh dimakan segar atau dibuat jem, memberi kebaikan kepada buah pinggang dan merawat masalah lemah, keletihan, anemia dan masalah rambut beruban. 

5. Buah Mulberry turut digunakan untuk merawat masalah ketidak-bolehan mengawal keluarnya air kencing, pening dan masalah sembelit warga tua. 

6. Buah yang telah dikeringkan juga boleh dijadikan sebagai pengganti raisin. 

7. Buah Mulberry juga dikatakan mampu memberi khasiat dan merangsang penghasilan cecair badan. 

8. Jus mulberry membantu masalah mata kering akibat keletihan mata dan akibat bekerja.

9. Buah mulberry juga mengandungi unsur-unsur khasiat seperti mineral dan vitamin. 

10. Wanita yang mengalami simptom seperti anemia, kepucatan, rasa , sukar untuk tidur dan jantung berdebar-debar dengan kerap terutamanya selepas melahirkan bayi, bolehlah mengambil jus mulberry dengan kerap bagi mengurangkan simptom-simptom tersebut. Ubat kebas tangan dan kaki. 

11. Daun mulberry pula dikatakan boleh direbus dan digunakan sebagai ubat mencuci mata yang merah dan bengkak. Daun yang telah kering pula dikatakan boleh dicampur dengan air mendidih atau direbus. Air ini dikatakan boleh diminum untuk tujuan membersihkan tubuh badan, merangsang peluh, ubat batuk, demam panas dan selsema. Daun yang telah dipanaskan pula dikatakan boleh disapu minyak dan dijadikan sebagai ubat tampal pada luka yang parah. 

12. Bagi mereka yang mengalami masalah gigitan atau sengatan serangga, daun yang telah ditumbuk lumat boleh dijadikan sebagai ubat tampal pada bekas gigitan atau sengatan serangga tersebut. 

13. Jika mengalami masalah tangan atau kaki yang , bolehlah mengambil getah daripada daun atau ranting mulberry, kemudiannya gosokkan pada bahagian yang kebas. 

14. Akar pokok boleh direbus dan dijadikan sebagai air minum bagi merawat asma, batuk, busung, melawaskan pembuangan air kecil dan radang. Air rebusan kulit pokok mulberry pula dikatakan boleh diminum untuk merawat sistem pernafasan, asma, batuk, bronchitis, busung, menyingkirkan kahak dan hingus, tekanan darah tinggi, kebas tangan atau kaki. 

15. Ranting kering pokok mulberi pula dikatakan boleh direbus dan dijadikan sebagai air minum bagi merawat demam panas dan mengatasi rasa sakit.

RESEPI JUS ROZEL DAN MULBERRY

Ambil kelopak rozel sahaja. Basuh bersih kelopak dan buah mulberry.
Masukkan dalam blender dan letak air secukupnya. Blend sehingga rozel dan buah mulberry hancur.

Tuang kedalam periuk dan didihkan. Tambah gula secukupnya.

Tadaaaa... dah siap dan boleh diminum :)



0 comments:

Post a Comment

 

sarasafran™ Copyright © 2013 Idea by Mysara