30 January 2014

Bayi mati ditemui di tepi highway

0 comments
Mesej di whatapps group, mesej dari abg izri:

Dibuang di tepi highway begitu sahaja...
Tanpa ada perikemanusian..
Kejadian malam tadi,
Highway Utara Selatan....
Siang keesokan harinya baru ditemui oleh supervisor propel.

 Dikatakan dicampak.
Bayi ini masih belum cukup bulan.
Mati.

*pelbagai komen dari ahli group, marah dan kesal *

tiba-tiba 

Mesej dari abg hakim : "Ni macam gambar baby kat rokok tu jer "

urghhhh -.- 
kena prank !!
Dari pukul 7 pm sampai 11 pm aku kena klentong, hampeh betol abg izri ni, ingatkan betul berita ni. kesian kat baby tu.. walau sedemikian, dari sudut lain sebenarnya berita ini masih ada mesej penting kepada pembaca sekalian.

1. Apabila dapat sesuatu berita, sila pastikan kesahihan berita tersebut sebelum menyebarkannya.
2. Jangan buang sampah merata!
3. Merokok menyebabkan kelahiran mati.
4. Jangan mudah percaya seseorang walaupun telah lama dikenali.

Sekian, aku kena prank, hahahahaha bertuah -.-

23 January 2014

Bro dont like that la bro

0 comments
Sebenarnya nak beli buku ni dari tahun lepas, ulang lagi sekali, tahun lepas ! haha bulan doblas lepas masa masuk popular bookstore kat ksl dah pegang pon buku ni tapi letak balik, fikir nak beli ke tak nak beli ke tak.. lastly tak beli haha kemain beria ajak pian masuk bookstore. lol :p

2 hari lepas pergi Aeon Indahpura, ternampak la popular bookstore ni so singgah lah masuk kejap.. sekali tengok buku ni ada less 20% haa tak payah pikir panjang, amik terus pergi kaunter bayar. haha :D


Ada scene sensor.. uppss terrrcakap.. baru baca sikit, best *thumbs up*oke tu jer nak update! bye.. nak sambung baca dan ketawa. hahahaha

11 January 2014

Peraduan Gambar Tahun Baru di Facebook GempakStarz

2 comments
First time aku join peraduan kat Facebook ni, excited pulak, so bloggers and readers kalau sudi apa salahnya sumbang 1 "LIKE" sebagai undi untuk penyertaan aku ni. 

Cara nak UNDI? Mudah jer..

Buka Facebook terlebih dahulu kemudian klik pada gambar di bawah dan anda akan dihantar terus ke muka pengadilan.. haha ke page Gempak Starz la :) Lepastu nampak gambar sebijik macam ni. tekan button "LIKE".
 Selesai.. senang kan?
TERIMA KASIH!! Korang telah menyokong aku :)


https://www.facebook.com/photo.php?fbid=10151896469106169&set=a.10151847764036169.1073741904.110946776168&type=1&theater


Eh..korang BERMINAT nak join?
Boleh. Boleh.

Baca terma dan syarat ni :

Peraduan Gambar Tahun Baru di Facebook GempakStarz dan LINE! 

1. Add GEMPAK STARZ di LINE dan Like page Facebook GEMPAK STARZ.

2. Ambil gambar foto dengan mana-mana produk GEMPAK STARZ / Line dan Posing secara kreatif.

Tema foto: Hari Natal/ Tahun Baru/ Tahun Baru Cina bersama GEMPAK STARZ & LINE.

Ambil gambar bergaya sama ada dengan pakaian baru, cosplay, aktiviti-aktiviti percutian, perayaan tahun baru, Hari Natal, atau Tahun Baru Cina. Photo editing adalah digalakkan. ( Bagi mereka yang malu ; boleh memakai topeng atau menutup sebahagian daripada muka dengan cara yang kreatif ) Setiap peserta hanya boleh menghantar SATU gambar. ( Jika lebih daripada satu dihantar, hanya satu akan di-post di FB GEMPAK STARZ )

3. Hantar gambar kepada GEMPAK STARZ dengan PM FB. Sertakan foto bersama <nama> <no IC><nombor telefon> <Address>

4. JANGAN POST GAMBAR DI FB GEMPAK STARZ tanpa PM gambar kepada admin. Admin akan post gambar-gambar di FB untuk para peserta serta-merta sekiranya gambar peserta dipilih untuk penyertaan. Admin akan memberi markah berdasarkan skala 1-100 bagi setiap gambar. Jika gambar dipilih untuk dipaparkan di GEMPAK STARZ, admin akan PM peserta bahawa gambar itu telah dipost .

5. Gambar dengan bilangan yang ‘LIKE’ paling banyak dan markah tertinggi yang diberikan oleh admin akan menang.

6. AMARAN : Gambar-gambar diserahkan kepada FB GEMPAK STARZ tidak boleh mengandungi rupa bogel, lucah , perbuatan/ aksi tak senonoh atau terlalu seksi termasuk imej yang akan menyebabkan konflik dengan sensitiviti agama, kaum, politik dan budaya orang lain. JIKA imej terlarang dihantar ke GEMPAK STARZ , gambar tidak akan dipilih. Apa-apa percubaan untuk post gambar pertandingan pada GEMPAK STARZ tanpa melalui admin akan dipadam apabila dijumpai.

7. Peserta perlu tag rakan-rakan di gambar-gambar dan menggalakkan gambar-gambar kepada rakan-rakan dengan meminta mereka untuk ‘Like’ FB GEMPAK STARZ dan ‘Like’ gambar yang telah dimasukkan dalam peraduan .

8. Akan ada pemenang tempat pertama , tempat ke-2 , tempat 3 & 10 hadiah saguhati.

9. Tempoh penyerahan foto bermula : 9 am pada 16 Disember 2013 .
Tarikh akhir penyerahan : 6pm pada 31 Januari 2014 .
Penghantaran selepas 6 pm 31 Januari 2014 tidak akan dilayan.
Tempoh mengundi (dengan ‘Like’ gambar) bermula dengan serta merta selepas gambar telah di-post sehingga 2 Februari 2014.

10. Pemenang pertandingan akan diumumkan pada 3 Feb 2014 .

GEMPAK STARZ berhak untuk mengubah suai peraturan dan mengubah peraturan tanpa notis terlebih dahulu. Keputusan peraduan ini tidak boleh dipertikaikan dan apa-apa percubaan untuk berdebat ke atas keputusan tidak akan dilayan. GEMPAK STARZ juga berhak untuk bertukar-tukar hadiah dengan sesuatu yang lain sama nilai jika relevan.

https://www.facebook.com/gempakstarzpage
Klik gambar untuk ke facebook GempakStarz


 ----------------------BEHIND THE SCENE--------------------------- 

TQ baby.. u helped me a lot ! :)


Wish you were here..eh silap.. 
WISH ME LUCK !
THANK YOU :)

09 January 2014

Night Shift

0 comments
That it's all alright.
 I guess it's all alright.
I got nothing left inside of my chest
but it's all alright.
Yeah it's all alright.

-fun-

01 January 2014

Hello 2014 !

0 comments

Alhamdulillah, 
hari ni 1hb Januari 2014, 
tiktoktiktok kejap jer dah berubah tahun, 
cam tak cayer je rasa, tapi Alhamdulillah semalam dapat berita baik, 
hari ni dah mula kerja baru, 
harap tahun ini lebih baik dari tahun sebelumnya. 
haiihh letih badan :(

Tapi bukan aku jer kot yang letih, officemate semua sekali. 
menguap2 ngantuk -.- haa..dah, jangan layankan sangat perasaan ni.. 
yang penting boss baru hensem. hahahaha :p

so kalau preview balik azam 2013
Alhamdullilah semua terlaksana cuma no 9 tu jer tak terlaksana.
sebab? 
takde orang sponsor.. err?  hehehe >.<

 So, sempena bertarikhkan hari ini, 01 Jan 2014 aku nak listing 14  azam baru untuk tahun baru lah :)

1. nak pergi bercuti kat pulau langkawi walaupun dah pernah dah pergi situ :D
2. jadi bini orang (gedik nak kahwin awal)
3. Kumpul duit untuk majlis kahwin.
4. Beli samsung note tak pon iphone yang paling latest..cett -.-
5. Nak buat cheese tart, cheese cake dan segala berkaitan cheese.
6. Pergi Melaka sebab nak beli beg batik.. haha
7. memulakan bisnes baru ! fiiiwwiitt fiwwiitt.
8. Terminate maxis wifi, pakai unifi atau streamyx.
9. Sedekah baju2 dalam almari yang tak pakai kat orang kampung yang hidup susah tu.
10. Nak bersukan sekurang2nya sekali seminggu.
11. Belanja dinner 1 family kalau boleh ada skali atuk & maktok.
12. Memenuhi kriteria menjadi seorang wanita yang di idamkan En Tunang. (Ada ker dia cakap aku tak matured, rasa nak soletep jer mulut dia sebulan =.= )
13. Dalam asb tak kurang 14 ribu pada bulan Disember.
14. Mengharap azam yang pertama sampai terakhir tu dilaksana dan berjaya v(*.*)^


-Selesai senarai 14  azam yang dihajati untuk tahun 2014- 
SEMOGA TERLAKSANA hajat2 tu ye si comel !!
ヽ(´ー`)人(´∇`)人(`Д´)ノ


Ehh.... Fifa World Cup Jangan dilupakan !



waka waka eh eh wakakakaka.... kbai (´∇`)
 

sarasafran™ Copyright © 2013 Idea by Mysara