07 August 2013

Tak beli baju raya


Tahun ni tahun paling jimat aku rasa, rezeki melimpah. Alhamdulillah.
ehem....ESOK RAYA :) :)
& esok baru cuti ! :D

tahun ni tak beli baju raya
sebab
ayah dah belikan baju sepasang, boleh lah pakai raya pertama, raya kedua pakai baju yang pak ude bagi,raya ketiga pakai baju raya tahun lepas dan raya keempat, baju opis ! dah kerja dah raya ke empat (,") 

Ude nak ucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri, Mohon Maaf Zahir Dan Batin  :)

Dhaniah main bunga api asap :D


psstt.. adik2 yang main bunga api & mercun, jangan syok sangat yer.. tolong berhati2 kerana malang tak berbau.

Yang balik kampung tu, semoga perjalanan kalian semua selamat menuju ke destinasi, jika penat, sila ambil masa berhenti dan  berehat baru sambung memandu. Banyakkan bersabar dan bertawakal kepada Allah.

 


0 comments:

Post a Comment

 

sarasafran™ Copyright © 2013 Idea by Mysara