28 April 2012

Tak Bersih

Aku tertanya-tanya kenapa mereka sanggup terlibat dengan perhimpunan bersih 3.0 ini sedangkan jika pemimpin yang kau sanjungi itu ada kuasa mengapa tidak bicara secara baik? perlukan demonstrasi, perlukan perarakan, menutup jalan dan menunjuk perasaan.

Pakcik tu kata dia datang bersih sebab nak tunjuk yang dia warganegara yang bertanggungjawab dan perlu menyokong bersih untuk memilih pemimpin yang adil. ADIL?

Sumber : google image



Pihak POLIS berada dalam keadaan berjaga jaga dan tidak memberi sebarang gangguan kepada mereka yang BERDEMONSTRASI. Hak kebebasan untuk berdemonstrasi yang telah di beri oleh Kerajaan Perdana Menteri Najib Razak pagi ini membuktikan bahawa dia prihatin kepada kehendak minoriti walaupun sekecil 3000 orang yang sekarang berada di Dataran Merdeka.

Setiap negara ada masalahnya, tetapi untuk berdemonstrasi dan tunjuk perasaan hanya untuk kepentingan politik tidak memberi apa manfaat kepada rakyat yang berbilang kaum seperti negara ini.

BERSIH KE BUSUK?

Cara macam tu ker nak Negara AMAN?

Maaf. Aku tak sokong #Bersih!

0 comments:

Post a Comment

 

sarasafran™ Copyright © 2013 Idea by Mysara