01 April 2011

Cerita kampung saya (Benut, Johor)

Sumber daripada : Wikipedia, Ensiklopedia bebas.


Benut adalah sebuah pekan di dalam daerah Pontian, Johor, Malaysia. Benut terletak diantara persimpangan menuju ke Batu Pahat dan Kluang. Pulau Pisang merupakan pulau yang terletak di Benut. Perkataan "benut" berasal dari sebatang pokok dipanggil "asam bunut".

Nama asal pekan tersebut ialah Bunut. Oleh kerana masyarakat Cina yang mendiami kawasan ini agak sukar menyebut "Bunut" tetapi menyebut "Benut" lama kelamaan ianya kekal menjadi Benut sehingga sekarang.

Populasi masyarakat Benut di dominasi oleh pelbagai kaum. Majoriti kaumnya ialah Bugis, Jawa, Melayu Asli, Cina dan sedikit India. Kaum Bugis,Cina dan India memonopoli bidang perniagaan seperti kedai runcit dan pemasaran hasil kampung. Kaum Jawa pula lebih kepada penanaman kelapa sawit dan tanaman buahan. Manakala Melayu Asli lebih kepada berniaga hasil tangkapan laut.
Perniagaan istimewa di Benut ialah penjualan barangan "Bundle" seperti peralatan terpakai elektrik, perhiasaan rumah, kerusi, meja dan lain-lain. Barangan tersebut amat berkualiti serta harga yang murah. Tempat tersebut terletak di Simpang Empat Benut menghala ke Simpang Renggam.
Benut mempunyai sebuah masjid yang besar dan indah. Ia terletak 500 meter dari simpang empat Benut menuju ke Batu Pahat. Terdapat juga surau-surau di sepanjang jalan ke Benut. Antara surau yang tercantik ialah Surau Nurul Falah Sungai Pinggan Benut. Ianya terletak 500 meter dari simpang empat Benut ke Pontian. Surau tersebut telah dinobatkan sebagai surau paling cemerlang daerah Pontian. Kriteria tersebut berdasarkan kepada aktiviti-aktivitinya, kebersihan, pengimarahan jemaah setiap waktu dan pengurusan yang efisyen.Surau tersebut mempunyai dewan serbaguna sendiri yang dinamakan Balai Islam. Aktiviti yang dijalankan di Balai Islam tersebut ialah kelas tambahan SPM dan PMR, kelas Tajwid Al-Quran, kelas kompang, kelas I.T dan mesyuarat bulanan jawatankuasa disamping 10 pegawai-pegawai yang menerajui biro-biro.

Nama kampung-kampung di Benut mempunyai mitosnya yang tersendiri seperti Sungai Pinggan, Sepah Beruang, Puteri Menangis,Parit Gantung, dan Sanglang Cerita mitos tersebut amat popular dikalangan masyarakat tempatan. Di percayai ada seorang Puteri Bunian yang menjaga pinggan mangkuk untuk kenduri kahwin masyarakat Bunian. Terdapat juga masyarakat kampung yang meminjam pinggan tersebut tetapi tidak dipulangkan semula disebabkan ada yang dirosakkan oleh beruang yang banyak ketika itu (Kg. Sepah Beruang). Keadaan itu menyebabkan Puteri yang menjaga pinggan (Kg. Sungai Pinggan) kecewa lalu menanggis sepanjang masa (Kg. Puteri Menanggis). Akhirnya Puteri tersebut menggantung dirinya (Kg. Parit Gantung). Kematian Puteri ini disebarkan oleh burung-burung helang (Sang Helang/Sanglang) kepada semua penduduk. Semua penduduk meratapi kematian Puteri Bunian sehingga mengalirkan air mata yang banyak (AYER BALOI).

0 comments:

Post a Comment

 

sarasafran™ Copyright © 2013 Idea by Mysara