28 February 2011

my list

0 comments
I want it.


Dear Mum, dad, sis, and u! buchuk,, ...Can u buy it for me. hehe

So, ini lah benda yang aku rasa nak! penting! mesti ada tahun ni. Sebenarnya banyak lagi..Tapi malas lah nak list semua. Korang pun bukan nak belikan :p
1) acer-neotouch
Harga pon tak lah mahal sangat sebab belum jejak seribu. Ada siapa nak belikan tak?

2) HP Deskjet F4180-All-in-One-Printer,Scanner,Copier.
Kalau ada benda ni aku rasa dah complete dah meja belajar aku kat rumah.
Ayah pun dah setuju nak beli :) tunggu jek lah.

3) Card reader
Beli yang murah pon oke, baru RM10. Asal boleh pakai lah kan, yang free dah ROSAK!! nama pon free xD

4) Head Porter wallets
Siapa tahu mana nak dapat wallet ni. Yang ni aku nak beli sendiri pakai duit aku. Pehh.. teruja aku tengok wallet HP pattern ni!

5) Sesame street shoe
Cute kan? kalau aku dapat boleh tak pakai pergi kuliah? hehe. Tp takut lect rampas pulak bagi kat anak diorang. Nanti lah aku fikir lagi sekali nak beli ke tak kasut ni.huhu ^^

23 February 2011

Boleh Ke Tak

0 comments
Nothing is impossible !

Masa umur kita 5, 6 tahun cikgu tadika mesti tanya sorang2 bila kamu dah besar nanti nak jadi apa. Yang aku ingat cita2 aku banyak, dah besar nak jadi cikgu, business woman, polis, doktor, pensyarah dan macam2 lah. Kadang2 setiap tahun bertukar. Semua aku nak jadi.hehe

Persoalan : Boleh ke tak?

1. Cikgu - Aku minat mengajar cuma bila terkenang aku ni nakal masa sekolah dan kalau nanti aku dapat pelajar macam perangai aku. Peneng jugak di buatnya.
2. Business woman - Kalau ikutkan, keluarga aku memang banyak yang ber business ni. Dari zaman tok moyang sampai lah mak aku sekarang. Tak kisahlah kecil-kecilan pun. Stabil lagi la :)
3. Polis - Minat polis masa tengok gerak khas. tapi aku rasa tak boleh lah jadi polis, nanti semua benda aku tembak jer. Last2 aku yang masuk jail.
4. Doktor - Doktor selalu di kaitkan dengan kos fizik bio kimia dll. Disebabkan aku kos IT, jadi doktor pc's pon ok jugak kan.
5. Pensyarah - Kalau aku jadi pensyarah, aku nak ikot style pensyarah aku yang ajar computer hardware sem1. Sebab enjoy jer dalam kelas. Kadang2 tak faham pon dia ajar. Melawak jer lebih. Nak final pon relax. HAHA . Pastu melopong la student aku semua ! !

Kadang2 tak semua yang di impikan akan menjadi kenyataan kerana kita cuma manusia biasa yang mampu merancang. ALLAH s.w.t yang menentukan.

Ingat !! Usaha + Doa + Tawakal = Kejayaan + Keredhaan Allah.
InsyaAllah kita semua akan berjaya !

16 February 2011

santai

0 comments
Jom Explore kawasan anda!

Da blur nak cari topic update blog, last2 aku terfikir rasa nak share 1 tempat yang aku suka sangat pergi. Kalau korang tinggal area Senai tak pun Kulaijaya, dah confirm lah korang tahu.

**HUTAN BANDAR PUTRA**


Kat sini boleh lah kalau nak santai dengan keluarga, kawan2, saudara mara. Ada tasik buatan yang luas dan banyak ikan. Kalau korang baik hati boleh lah bawa makanan ikan. Keliling tasik ni pula ada trek untuk jogging. Kalau nak bawa basikal pon boleh. Kat sini juga ada court untuk main futsal, badminton, sepak takraw.
Mana tahu nasib korang baik masa datang tu, dapat lah korang tengok kapal terbang naik turun. Sebab Hutan Bandar Putra ni memang dekat sangat dengan Senai Aiport.

Kat sini aku dah draw peta lokasi. Yang dekat2 area sini boleh lah datang jalan2..
*Parking disediakan.



What is balanced lifestyle to you?

10 February 2011

Gula Tarik

5 comments
GULA TARIK DAH PUPUS..

Topik pagi hari ini.. Siapa tahu macam mana nak buat gula tarik? Adik aku sangat suka makan gula tarik ni, rasanya benda ni dah macam limited edition. Susah nak jumpa orang jual sekarang ni. Nak di kirakan last aku makan time sekolah rendah dulu. Aku beli kat Shell Kg Jaya Sepakat, Senai. Lepas tu kena pindah sekolah terus dah tak jumpa lagi orang jual gula tarik.


Malam tadi aku ikut mak pergi Pasar Malam,, Dalam kereta dah plan macam2 nak beli, mee goreng, ayam goreng, soya ,apam balik , kebab.. last2 nampak orang jual gula tarik terus lupa nak beli semua. Excited sangat beli gula tarik, 5 batang RM2 sebab nak bagi adik aku kat rumah. SUKA lah adik aku sorang tu :)

**Kalau tak suka gula tarik. Jom makan Pizza Hut.. :p
All new #PizzaHut . New dishes. New flavours. Eat, Laugh, Share at Pizza Hut!
 

sarasafran™ Copyright © 2013 Idea by Mysara